Friday, December 7, 2012

KESIAN MAT SABU...

Isu pakai kopiah pun Mat Sabu nak buat bahan ceramah, kesian kan...Nak tanya satu soalan kat mat Sabu...masa tenet bini kawan di bilik 121, Mat sabu pakai kopiah ke tak..?????



Mat Sabun kena SAWAN bila Najib pakai Kopiah..


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan tindakan ahli-ahli Umno yang memakai kopiah pada Perhimpunan Agung Umno yang lalu menyebabkan mereka menjadi bahan ketawa orang ramai.

"Dengan perubahan sebegitu, mereka ingin menonjolkan kepada orang ramai kononnya mereka lebih Islamik dan lebih bertanggungjawab dalam membela agama berbanding PAS. Pada hal, itu semua bergantung kepada soal attitude mereka.

"Malah seperti yang dikatakan oleh bekas pemimpin Umno sendiri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, perjuangan Umno sekarang untuk keluarga dan kroni-kroni mereka, bukan untuk orang Melayu apatah lagi untuk Islam," katanya.

Mat Sabu juga berkata, meskipun mengubah identiti, orang ramai tetap sedar dan faham Umno bukanlah parti yang memperjuangkan Islam.

Dengan perubahan itu, tambah beliau, Umno yang sudah semakin hilang sokongannya tetap tidak akan menjadi kuat lagi, malah kelihatan amat gelabah dan semakin bercelaru sehingga sanggup menukar identitinya sendiri yang sudah begitu sinonim dengan bersongkok hitam tinggi sejak dulu.

"Pada hal kekuatan sesebuah parti itu bukanlah kerana berkopiah atau pakaiannya, tetapi kerana perjuangannya. Begitulah juga dengan PAS yang menjadi kuat bukanlah kerana pakaian, tetapi kerana dasar perjuangan PAS sendiri yang berjuang untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air kita ini sejak dulu hingga selama-lamanya," tegas beliau.

Mengulas lanjut, Mohamad Sabu berkata, pemakaian kopiah dulunya hanya dikaitkan dengan PAS, malah ia menjadi bahan ejekan para pemimpin dan ahli-ahli Umno terhadap para pemimpin dan ahli-ahli PAS.

"Kini, kerana terlalu mengelabah, para pemimpin Umno sampaikan sanggup meniru orang PAS dengan turut memakai kopiah pula, walaupun mereka begitu tebal dengan penyalahgunaan kuasa, pelbagai penyelewengan dan rasuah," katanya.

Beliau mengingatkan seluruh rakyat negara ini agar jangan sekali-kali terpengaruh dengan sandiwara para pemimpin Umno itu kerana mereka hanya ingin menonjolkan imej Islamik secara kosmetik sahaja.

"Sebaliknya, Islam bukanlah dilihat kepada pemakaian kopiah, tetapi lebih kepada pelaksanaan dan cara hidup harian serta dasar perjuangannya," tegas beliau.

No comments:

Post a Comment