"Ini menekankan betapa dekatnya hubungan Malaysia dengan Palestin, dan ia tidak pelik kerana hubungan antara Malaysia dan Palestin telah terbina sekian lama. Kami berbangga kerana rayat Malaysia menjadikan isu Palestin sebagai isu utama di dalam negara,"
Perdana
Menteri Hamas, Ismail Haniyeh berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak telah melahirkan keinginannya untuk ke Gaza tahun depan.
Beliau berkata, perkara
itu dimaklumkan sendiri kepadanya oleh Najib selepas beliau yang
menelefon Najib petang Selasa untuk mengucapkan terima kasih dan
penghargaan tidak terhingga atas segala bantuan yang diberikan kerajaan
dan rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin.
"Saya membuat jemputan
peribadi (kepada Najib) dan amat mengharapkan lawatan segera daripada
perdana menteri Malaysia, beliau juga menyatakan dengan
bersunguh-bersungguh bahawa beliau pasti akan melawat Gaza," katanya
sewaktu menerima kunjungan hormat rombongan sukarelawan Kelab Putera
1Malaysia (KP1M), di sini.
Pertemuan itu diadakan
di sebuah dewan kecil di pinggiran pantai Gaza, selepas pejabat asalnya
sebelum ini dimusnahkan tentera Israel dalam serangan lapan hari bulan
lepas.
Beliau dalam ucapannya
dalam bahasa Arab dan diterjemah oleh Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya turut
melahirkan rasa bangga melihat bendera Malaysia berkibar bersama-sama
bendera Palestin dalam sambutan ulang tahun Hamas ke 25 baru-baru ini.
"Ini menekankan betapa
dekatnya hubungan Malaysia dengan Palestin, dan ia tidak pelik kerana
hubungan antara Malaysia dan Palestin telah terbina sekian lama. Kami
berbangga kerana rayat Malaysia menjadikan isu Palestin sebagai isu
utama di dalam negara," katanya.
Haniyeh turut menyatakan hasrat untuk melawat Malaysia dalam masa terdekat sekiranya keadaan di Palestin kembali stabil. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment