Friday, October 28, 2011

BERSIHKAN PEMBANGKANG DALAM SEKTOR KERAJAAN!!!!

Sepatutnya telah lama kita lakukan, singkirkan puak-puak pembangkang di dalam sektor awam. Memang difahami niat murni kerajaan untuk bersikap profesional tetapi puak-puak pembangkang ini sebaliknya bersikap tidak profesional. Mereka inilah yang sengaja mencacatkan urusan pentadbiran kerajaan agar rakyat marahkan kerajaan. Itu belum ditambah lagi dengan maklumat-maklumat sulit kerajaan yang bocor ke tangan pembangkang.

Cuba bayangkan ada ICU diketuai oleh Ketua Jabatan yang menyokong pembangkang. Betapa sukarnya penyelaras-penyelaras untuk menjalankan tugasnya sedangkan hakikatnya ICU berperanan untuk membantu kerajaan persekutuan membangunkan Parlimen dan DUN yang tewas kepada pembangkang!

Hapuskan segera parasit pembangkang terutama yang bertaraf ketua jabatan dan parasit yang bertenggek di tempat-tempat strategik di kementerian-kementerian atau hidup rakyat seluruh negara akan menjadi susah dengan kerja buat, sabotaj dan fitnah mereka!!! Rakyat akan marah kepada Kerajaan BN!!!!!



Tiga pegawai daripada Majlis Agama Islam Perak ditahan dan disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Mereka adalah Wan Maizurah Binti Wan Zahari yang berjawatan sebagai Penolong Pengarah Bahagian Pengambilan, Nazri Bin Hassan Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran dan En Munawir Eksekutif bahagian kutipan zakat.

Ketiga-tiga mereka dipercayai penyokong kuat parti pembangkang dan difahamkan mereka juga merupakan perantaraan antara pembangkang dengan Majlis Agama Islam Perak. Wan Maizurah menganggap semua Adun-Adun UMNO adalah musuhnya dan beliau juga kerap kelihatan bersama muslimat-muslimat PAS dalam program PAS. Maizurah juga  merancang pelbagai helah dalam perlantikan Imam dan pegawai-pegawai masjid diseluruh Perak agar melantik dari kalangan pembangkang terutamanya PAS. 


Nazri Bin Hassan pula merupakan juga dilihat kerap bersama pemimpin-pemimpin PAS dan dia juga dikatakan pernah ke perhimpunan haram Bersih. Manakala En Munawir pula  orang yang bertanggungjawab menolak hampir semua permohonan bantuan zakat yang dipohon dan dikemukakan kepada bahagian zakat oleh Adun-Adun UMNO bagi orang-orang miskin. Jika permohonan itu datangnya daripada Adun pembangkang beliau akan terus meluluskan tanpa banyak bicara.

Pembangkang juga mudah mengakses segala dokumen dan info melalui mereka bertiga serta difahamkan mereka sedang disoalsiasat oleh SPRM ketika ini. Suatu ketika Sungai Rapat Online pernah mengeluarkan artikel mengenai laman web MAIPk yang boleh dihubungi terus ke blog pembangkang dan kini laman web tersebut sudah dipadamkan.


Inilah parasit yang sudah diduga sedang berada dalam pentadbiran kerajaan sekarang dan wajar dinyahkan daripada kedudukan mereka kerana jika tidak kerajaan yang sedia ada sekarang akan jatuh ke tangan rejim DAP. 

Saya pasti banyak lagi parasit sebegini yang berselindung disebalik MAIPk yang mampu menyusahkan pentadbiran kerajaan negeri Perak.

Apa pun dengan penahanan ketiga-tiga penyokong kuat pembangkang dalam pentadbiran kerajaan oleh SPRM, ini mampu mencelikkan mata pentadbir kerajaan negeri bahawa 'musuh dalam selimut' masih ada dan perlu dibuang dengan segera.

2 comments:

  1. depa ni main taktik punyer lah kotoq...tapi depa kata bersih plak...

    'jihad'...'assabiyyah'...status kafir harbi DAP....bla bla bla...

    apa sahaja perkataan akan diberikan huraian dan maksud baru dalam 'kamus' terjemahan depa....yang berubah2 ikut kesesuaian dan relevan nya...kepentingan assabiyyah depa....

    almaklumlah...da namanyer...pembawa fahaman 'agama PAS'...

    gilerr biolll!

    ReplyDelete
  2. aku...depa berani buat semua tu sebab depa dah ada tket masuk sorga!!!

    ReplyDelete