Bagaimanapun, beliau akui bahawa
restoran Cina tersebut tidak pernah memohon sijil halal dari JAKIM
semenjak beroperasi pada empat tahun lalu.
Mudahnya untuk BETINA CINA DAP yang pernah menghina makanan rakyat umum, TELOR sebagai makanan ANJING, kini dengan sendiri mengiktiraf MAKANAN TARAF BABI sebagai makanan halal sebab susah nak dapatkan penarafan HALAL JAKIM!!!!
Ajaran Puak PASlah ni!!!!
KUALA LUMPUR – Ahli-Ahli Parlimen DAP
yang diketuai oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini
memperkenalkan ‘menu rakyat’ di sebuah restoran sayur-sayuran di
Segambut, bagi menandingi Menu 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.
Teresa berkata, menu yang berkonsepkan
‘vege’ (sayur-sayuran) tersebut jelas lebih baik dan murah berbanding
Menu 1Malaysia yang lebih mahal.
“Menu yang Najib makan itu
sebenarnya berharga RM6 sedangkan Menu Rakyat yang terdapat di restoran
ini hanya RM2 untuk sepinggan nasi putih dan tiga lauk,” katanya pada
sidang akhbar di sini hari ini.
Restoran Sayur-Sayuran Fortune Land yang
terletak di Jalan Ipoh, Segambut itu adalah sebuah restoran Cina yang
menghidangkan makanan berkonsepkan sayur-sayuran dan didakwa ‘halal’
untuk semua rakyat, termasuk umat Islam.
“Restoran ini adalah restoran sayur-sayuran, ia halal dan sesuai untuk semua golongan.
“Tapi awak saja yang tak berani
makan..,” katanya kepada wartawan Mynewshub.my yang menolak untuk
menjamah sebarang makanan atau minuman di restoran tersebut.
Bagaimanapun, Pengurus restoran
tersebut, Agnes Yap, mengaku restoran di bawah pengurusannya itu tidak
mendapat sebarang sijil halal dan tidak pernah memohon sijil tersebut
dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Tidak,
kami memang tak ada sijil atau logo halal, tapi makanan di sini
semuanya berkonsepkan sayur-sayuran dan ‘halal’,” katanya ketika ditemui
di situ.
Mengulas mengenai status ‘halal’
tersebut, Teresa berkata, adalah sangat susah untuk sesebuah restoran,
termasuk restoran Melayu untuk memiliki sijil halal dari JAKIM ekoran
prosedur yang ketat.
Bagaimanapun, beliau akui bahawa
restoran Cina tersebut tidak pernah memohon sijil halal dari JAKIM
semenjak beroperasi pada empat tahun lalu.
Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang
turut hadir di sidang akhbar itu berkata, restoran ini sangat sesuai
untuk golongan berpendapatan rendah selain menyediakan menu yang sihat
kepada rakyat.
“Berkonsepkan sayur-sayuran, menu ini sihat dan wajar dipromosikan kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Bagi
Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun pula, harga yang ditawarkan
oleh restoran tersebut sangat rendah dan sangat sesuai untuk dijadikan
menu harian rakyat.
“Harga untuk sepinggan nasi dan
tiga lauk hanya RM2 saja, macam-macam ada, mee wantan semuanya murah,”
katanya kepada Mynewshub.my.
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN / Foto: YUMNI HARUN
No comments:
Post a Comment