Friday, October 14, 2011

ANWAR SUKAR TUNGGANG KUDA...!!!!



(Chamil Wariya) 

“Hikmah Sukan Berkuda.”

Kegiatan sukan berkuda sedang berkembang di negara ini.
Buat waktu ini, kerana sukan tersebut mahal belanjanya dan kerajaan amnya dan Kementerian Kewangan khususnya belum lagi bercadang untuk memberi subsidi, maka hanya golongan yang benar-benar berada dan mewah saja mampu menceburi aktiviti itu.
Tetapi memandangkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia diramalkan meningkat sehingga 10 ribu ringgit setahun dan lebih dalam perjalanan kita menjadi sebuah negara maju menjelang 2020, tidak mustahil satu hari nanti sukan berkuda akan menjadi sukan rakyat orang-orang desa, nelayan dan petani seperti wau, main gasing, tarik tali dan sebagainya.
Di kalangan orang-orang Islam, khususnya, sukan berkuda memang digalakkan sebagai salah satu sunnah Nabi Muhammad (SAW) yang mesti dicontohi supaya dengan itu mereka dapat menaikkan martabat sebagai Muslim sejati.
Dengan melibatkan diri dengan sukan berkuda, umat Islam juga boleh menunjukkan kepada dunia bahawa kehidupan mereka tidak lagi diselubungi oleh kemiskinan.
Sebenarnya sukan berkuda itu mempunyai hikmah-hikmah tersendiri.
Pengarah Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISI), Rustam A. Sani, yang baru saja membaca buku tentang kuda, selepas membuat keputusan untuk menceburi sukan berkuda telah mengenal pasti tiga hikmah sukan itu.
Pertama, ia adalah ujian bagi kesabaran. Kedua, kemampuan berinteraksi. Dan ketiga, keupayaan untuk menjalin hubungan siombiotik dengan kuda yang ditunggangi.
Jika seseorang itu menyertai sukan berkuda dengan semangat yang betul – tidak tergesa-gesa, pandai berinteraksi dan berjaya menjinakkan kuda yang memberi khidmat – mereka akan menguasai sukan itu dengan cemerlang seperti yang telah dibuktikan oleh Dato’ Sri Dr. Mahathir Mohamad dan Wan Zaleha Radzi.
Yang tidak pula biasanya gagal menguasai sukan itu dengan baik. Yang serik akan mengambil sikap negatif dan memutuskan untuk bersara.
Yang tidak serik dengan pengalaman pahit yang dilalui akan meneruskan sukan itu dengan membetulkan semangat sukan berkuda itu. Mereka sedia belajar dari pengalaman; tetapi ada yang tidak.
Golongan itulah yang terus terjatuh sewaktu menunggang kuda, patah tangan, mengalami kecederaan dan entah apa lagi.
Ini semua menggambarkan bahawa sukan berkuda tidaklah mudah dikuasai seperti yang disangka kerana kuda, walaupun memang untuk ditunggangi, tetapi ia tidaklah boleh ditunggangi secara sebarangan.
Malah ada yang berpendapat bahawa menunggang kuda tidaklah sesenang menunggang manusia.
Kerana itu ada yang berkata bahawa mereka yang berjaya menunggangi manusia bagi memenuhi tujuan-tujuan tertentu dalam hidup, politik dan bukan politik, tidak semestinya berjaya menunggangi kuda.
Jika penunggang gagal menjalin hubungan siombiotik dengan kuda, haiwan itu akan bertindak-balas dengan cara-cara yang ekstrim.
Ini termasuk menerajang atau menghumban si penunggang sehingga terjatuh dengan implikasi yang tidak disenangi.
Malah ada yang berkesimpulan – sekalipun tidak ada kajian yang saintifik dibuat mengenai perkara ini – bahawa mereka yang gagal menguasai sukan berkuda dengan baik biasanya mencerminkan peribadi mereka dalam kehidupan sebenarnya.
Pendapat ini mengatakan, mereka yang tergesa-gesa atau terburu-buru untuk memburu sesuatu matlamat, biasanya akan mengambil sikap yang sama dalam sukan berkuda.
Mereka telah membuat tanggapan silap bahawa kuda boleh dikuasai hanya setelah ia ditunggangi beberapa kali. Kuda sebenarnya tidaklah sebodoh itu.
Mereka yang menganggap kuda sebagai hamba dan menjalin hubungan tuan-hamba, si penunggang tuan dan si kuda hamba biasanya akan berdepan dengan pelbagai masalah.
Bagi si kuda, ini adalah perhubungan yang tidak dapat diterima dan kerana itu ada yang memberontak. Kuda, seperti manusia, sebenarnya perlu dibelai dengan sempurna.
Mereka yang menyertai sukan berkuda harus berupaya untuk berinteraksi bukan saja dengan kuda, tetapi dengan penunggang-penunggang lain.
Sekiranya kuda, seperti manusia, boleh dikuasai, si penunggang boleh menggunakannya bukan sekadar untuk aktiviti bersukan, tetapi juga mencapai kejayaan-kejayaan yang lebih besar. Ini adalah keseronokan yang tidak terhingga bagi mereka yang menyertai sukan berkuda.
Tetapi jika mereka tidak sabar dan gagal menjalin hubungan siombiotik dengan kuda, mereka akan diterajang dan dihumban…


Penulis PAS Dedah Anwar Jatuh Kuda 1992

http://www.anwaraidc.com/?p=17711

No comments:

Post a Comment