Monday, October 10, 2011
NAJIB BATAL KENAIKAN ELAUN WAKIL RAKYAT...!!!!
Bajet 2012 yang lalu jelas menusuk kalbu setiap rakyat Malaysia kerana setiap rakyat Malaysia yang berada tak kira dimana samada di darat mahupun lautan tetap terkena tempiasnya. Kemakmuran yang menginci semua golongan dari semua kaum ini terbukti adalah BAJET RAKYAT. Tidak ada satupun item imbuhan yang boleh dipertikaikan namun pengumuman mengenai kenaikan ELAUN WAKIL RAKYAT terutama bukan bertaraf menteri harus dipertimbangkan semula.
Umum mengetahui faktor ELAUN LUMAYAN telah menyebabkan JAWATAN WAKIL RAKYAT menjadi rebutan tidak kira di sebelah pihak kerajaan mahupun dalam parti pembangkang. Pemimpin-pemimpin politik sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat menjadi WAKIL RAKYAT demi untuk mendapatkan ELAUN YANG LUMAYAN tetapi kualiti perkhidmatan sebagai WAKIL kepada RAKYAT amatlah mendukacitakan. Disebalik kealpaan WAKIL RAKYAT dalam menikmati kemewahan hasil ELAUN LUMAYAN WAKIL RAKYAT, rakyat pula rasa terabai dan tertindas lalu marahkan kerajaan. Justeru itu seharusnya ELAUN WAKIL RAKYAT diturunkan, diselaraskan dengan gaji permulaan kakitangan awam seperti guru gred 41 dengan gaji permulaan RM 1967.20 beserta elaun RM850.00. Dengan pendapatan sebegini barulah pemimpin-pemimpin ini layak digelar WAKIL yang mewakili RAKYAT sebab mereka sebenarnya adalah HAMBA kepada RAKYAT!
Lagipun mengapa perlu disediakan ELAUN LUMAYAN terutama apabila melibatkan wakil-wakil rakyat dari parti pembangkang. Apakah kerjabuat WAKIL RAKYAT PEMBANGKANG untuk melayakkan mereka menikmati ELAUN LUMAYAN. Sepatutnya WAKIL RAKYAT PEMBANGKANG memainkan peranan sebagai agen penambahbaikan kepada perkhidmatan awam dan agensi-agensi kerajaan demi untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Sebaliknya apa yang berlaku sekarang ialah masing-masing menggunakan jawatan mereka hanya untuk kepentingan PARTI dan peribadi. Rakyat sememangnya tahu tidak ada guna sesenpun WAKIL-WAKIL RAKYAT PEMBANGKANG ini untuk agama, bangsa dan negara selain dari setiap saat pemikiran mereka hanya terarah memikirkan fitnah dan pembohongan bagaimana untuk merosakkan perpaduan masyarakat, mangadu-domba antara agama, meningkatkan ketegangan antara kaum dan mencalar imej negara di amta dunia!
Sebarang kenaikan elaun setiap WAKIL RAKYAT harus dipantau oleh sebuah badan khas berdasarkan KPI masing-masing yang telahpun diapplikasi sebelum ini.
Pelaksanaan sistem kenaikan gaji baru WAKIL RAKYAT mampu mengelakkan berlakunya sindrom KEGILAAN TERLAMPAU untuk menjadi WAKIL RAKYAT disamping dapat menjamin kualiti perkhidmatan WAKIL RAKYAT kepada RAKYAT adalah pada tahap yang terbaik.
Namun yang penting sekali ialah pelaksanaan sistem ini dapat mengelakkan pembaziran wang rakyat dengan membayar ELAUN LUMAYAN kepada WAKIL RAKYAT YANG TIDAK BERKESAN terutama WAKIL RAKYAT PEMBANGKANG yang tidak pernah bertanggungjawab dan cukup tidak bertanggungjawab!
Labels:
Elaun wakil rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment