Thursday, October 27, 2011

ANWAR BOLEH BUAT AKSI 2 VS 1 TAPI NAJIB LAGI HEBAT!!!!

Kalau ramai mengagumi kehebatan ANWAR IBRAHIM beraksi dalam filem-filemnya termasuk aksi terbaru yang dikatakan aksi 2 vs 1 yang tayangannya masih menunggu kelulusan PAPAGOMO, rupa-rupanya ramai yang tidak menyedari Dato' Sri Najib lebih hebat BERAKSI....

PM hadir empat sambutan Deepavali sejurus tiba dari Arab Saudi

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menunjukkan komitmennya sebagai pemimpin berjiwa rakyat apabila menghadiri sambutan Deepavali di dalam empat program berasingan sejurus tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dari Arab Saudi pada 8.30 pagi ini.
Tanpa menghiraukan rasa penat selepas berada di Riyadh semalam, Perdana Menteri hadir di Bangunan Peladang, Koperasi Kebangsaan Pemodalan Tanah Berhad (NLFCS), dekat sini sejam kemudian untuk meraikan perayaan Deepavali di rumah terbuka akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai buat julung-julung kalinya.
Najib meluangkan masa kira-kira 30 minit beramah mesra dengan kakitangan serta para pengunjung yang dianggarkan berjumlah kira-kira 1,000 orang.
Lebih istimewa lagi, majlis itu turut meraikan ulang tahun kelahiran ke-67 pemilik akhbar berkenaan, Datuk S. Subramaniam yang juga bekas Timbalan Presiden MIC.
Turut hadir pada rumah terbuka itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R. Ganesan dan Ketua Pengarang Makkal Osai, M. Rajanthiram.
Selepas itu, Najib menghadiri sambutan Deepavali anjuran MIC di pekarangan kuil Batu Caves dan kedatangan beliau disambut oleh Presiden MIC, Datuk G. Palanivel serta pemimpin-pemimpin kanan parti itu.
Selain mereka, kira-kira 10,000 penganut Hindu turut berada di Batu Caves bagi meraikan sambutan Deepavali tahun ini.
Perdana Menteri juga tidak menghampakan undangan Persatuan Hindu Sangam apabila beliau bersama-sama 4,000 lagi masyarakat India hadir pada sambutan Deepavali anjuran persatuan itu di Stadium Badminton Kuala Lumpur di Cheras.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut membuat kunjungan mengejut ke majlis rumah terbuka Deepavali anjuran Gabungan Dewan Perusahaan dan Perindustrian India Malaysia (Maicci) di Sentul di sini.
Najib yang tiba bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambut dengan tepukan gemuruh daripada kira-kira 4,000 tetamu berbilang kaum.
Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira 10 minit bersalaman dengan tetamu diiringi Presiden Maicci, Datuk K.K Eswaran.
Turut hadir pada majlis sama sebelum itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Koh Tsu Koon dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.
Seramai 500 anak yatim, orang kurang upaya dan warga emas turut diraikan pada majlis itu.

No comments:

Post a Comment