Wednesday, October 26, 2011

ANWAR IBRAHIM JADI GILA PADA HARI DEEPAVALI...!!!

Di harap masyarakat INDIA negara ini terus memberikan sokongan kepada YAB PM yang berusaha untuk meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat INDIA. Jangan mudah terpedaya dengan ANWAR IBRAHIM dan DAP!!!

Lebih 10,000 sambut Deepavali bersama PM

26/10/2011 3:04pm

KUALA LUMPUR 26 Okt. — Lebih 10,000 tetamu daripada pelbagai kaum dan latar belakang hadir bagi memeriahkan majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MIC yang buat julung kalinya diadakan di perkarangan Kuil Batu Caves di sini, hari ini.
Dengan pelbagai juadah popular kaum India serta kaum lain yang dihidangkan, majlis rumah terbuka MIC yang bermula seawal pukul 9 pagi itu tidak henti-henti menerima kehadiran tetamu, baik di kalangan rakyat jelata mahupun orang kenamaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba sejam selepas itu disambut oleh Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dan timbalannya, Datuk Dr. S. Subramaniam yang kemudiannya mengiringi beliau ke tempat duduk utama sambil diiringi paluan gendang dan tiupan serunai India.
Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S. Samy Vellu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar serta beberapa timbalan menteri.
Bercakap semasa berlintas langsung dengan sebuah stesen televisyen tempatan, Perdana Menteri berkata kehadiran tetamu yang begitu ramai merupakan satu kemenangan kepada perjuangan transformasi yang sedang diusahakan kerajaan.
Najib berkata, selaras dengan kepercayaan masyarakat India beragama Hindu iaitu Perayaan Pesta Cahaya merupakan satu kemenangan cahaya mengatasi kegelapan beliau yakin transformasi yang diperjuangkan juga membawa kepada matlamat serupa.
"Sambutan daripada orang ramai adalah sangat memuaskan. Ini menunjukkan usaha kerajaan melakukan transformasi makin meyakinkan masyarakat,” katanya.
Selepas lebih sejam meluangkan masa untuk meraikan Deepavali bersama rakan-rakan, anggota parti komponen Barisan Nasional serta rakyat jelata, Perdana Menteri dilihat meninggalkan majlis untuk ke Stadium Badminton Kuala Lumpur di Cheras bagi memenuhi undangan sambutan Deepavali anjuran Hindu Sangam. — Bernama

No comments:

Post a Comment