Wednesday, October 12, 2011

NAH...!!!!! USA GANTI ISA...!!!!!

Buatlah yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara!!!!




Unit Selamatkan Akidah Selangor bimbing 25 yang terpesong

12/10/2011 7:53pm

SHAH ALAM 12 Okt – Unit Selamatkan Akidah (USA) kerajaan negeri Selangor yang ditubuhkan Ogos lepas telah membantu dan membimbing 25 umat Islam yang telah dikatakan terpesong akidah mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, unit yang di bawah jawatankuasa itu turut memberikan sumbangan kepada mereka mengikut keperluan seperti bantuan perumahan, belanja bulanan serta belanja anak-anak ke sekolah.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Menangani Cabaran Kristianisasi di Malaysia selama sehari anjuran Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini.
Hasan berkata, ada antara mereka yang datang ke unit itu untuk mendapat bantuan kaunseling, dan kebanyakan mereka dari kawasan bandar. – Bernama

No comments:

Post a Comment