Kelebihan Bajet Kewangan Bayangan
Lim Swee Guan
Timbalan Editor
Sinchew Daily News
Ruangan Pendapat ms 34
6 Oktober 2011
Walau
pun Pakatan Rakyat telah umumkan bajet kewangan tahun 2012 dikatakan
sebuah bajet yang tidak mungkin boleh direalisasikan, tetapi jika
Pakatan Rakyat dapat memerintah pusat, pasti bajet bayangan ini akan
dilaksanakan, sebab itu ia ada nilai-nilai untuk dikaji dan diselidiki,
dan seterusnya menjadi bahan rujukan kepada bajet kerajaan BN.
Kita
dapat lihat bahawa Pakatan Rakyat begitu perihatin dan
bersungguh-sungguh untuk membuat persediaan bajet kewangan negara,
meliputi bajet-bajet kewangan yang begitu meluas termasuk perumahan,
pengangkutan awam, pendidikan, kesihatan, pembangunan belia,
perlaksanaan perubahan politik dan sebagainya. Tetapi bajet Pakatan
Rakyat secara amnya tidak menunjukan ia mampu dilaksanakan.
Pakatan
Rakyat bangkitkan perbelanjaan yang sebenarnya, terutama sekali hutang
negara yang semakin meningkat; mahu kurangkan perbelanjaan menteri di
Jabatan Perdana Menteri sebanyak 10 billion ringgit, boleh alihkan
perbelanjaan tersebut di sektor-sektor yang lebih memerlukannya,
contohnya seperti di sektor pendidikan. Tetapi Pakatan Rakyat tidak
tunjukkan di Jabatan manakah perbelanjaan besar telah dibelalanjakan
oleh kementerian tersebut? Dan di bahagian mana pula perbelanjaan di
kementerian itu yang boleh dijimatkan?
Pakatan
Rakyat berjanji bahawa perubahan politik yang akan dilaksanakan itu
akan disesuaikan dengan keadaan semasa dan zaman, termasuk memansuhkan
akta ISA, Akta Media dan Cetak, akta Rahsia kerajaan dan Akta Pelajar,
mahu melakar “undang-undang demokrasi”: tingkatkan jawatankuasa parlimen
dan pembentukan jawatankuasa menteri di Jabatan Perdana Menteri, tambah
jabatan biro pengaduan awam, dan ubah akta pilihan raya tahun 2011,
menghalang daripada dimonopoli.
Dari
segi keseimbangan sumber pendapatan, cara Pakatan Rakyat tidak
menunjukkan kepelbagaian di situ. Perbelanjaan bajet kewangan
perbelanjaan sebanyak 220 billion ringgit Pakatan Rakyat, lebih rendah
14 bilion daripada perbelanjaan simpanan negara, difisit daripada 6
pratus dapat dikurangkan sebanyak 4.4 peratus.
Kenapa
Pakatan Rakyat laungkan berjimat berberlanja, adakah pendapatan masih
tidak dapat imbangi perbelanjaan? Rupa-rupanya disebabkan pembahagian
duit gula-gula Pakatan Rakyat bertambah dan mungkin tidak dapat kawal
perbalanjaan tersebut.
Cara
Pakatan Rakyat mahu tingkatkan pendapatan simpanan negara, mereka cuba
lelong AP kenderaan, akan mendapat pulanan sebanyak 1.2 billion ringgit;
laksanakan tender secara terbuka, rombak semula perbelanjaan di
kementerian pertahanan serta semak semula perjanjian-perjanjian
ketenteraan, cuba pungut semula hutang-hutang kerajaan yang tertangguh,
dan pulihkan semula cukai kepada barang-barang mewah.
Pakatan
Rakyat tidak yakin dapat tarik pelabur asing, keuntungan dari
perdagangan boleh menambahkan pengeluaran produk-produk dan boleh
tingkatkan pendapatan, ini adalah satu jaluran yang tidak dapat berlaku
secara beterusan dalam kewangan negara, kita pula jangan terlupa,
selepas kemerosotan ekonomi secara global, harga minyak melambung,
kenapa kita boleh dapat keuntungan dari Petronas sebanyak 26 billion
ringgit?
Pada masa sama sudah
tentu beban Pakatan Rakyat semakin berat, termasuk janji-janji manis
mahu tingkatkan gaji minima sebanyak 1,100 ringgit, supaya 300 ribu
kakitangan awam dapat manfaatnya. Pakatan Rakyat mengikiraf bahawa
jentera kakitangan awam begitu ramai, dan Pakatan Rakyat tidak berniat
untuk kurangkan bilangan itu.
Penggajian
kakitangan awam, wang pencen dan wang saraan menduduki 35.6 peratus
perbelanjaan kakitangan awaam, selepas kenaikan gaji pasti perbelanjaan
itu akan meningkat tinggi.
Pakatan
Rakyat berjanji mahu ringankan beban dan mahu memberi wang subsidi
kepada guru-guru, orang-orang tua, suri rumah dan keluarga miskin,
dijangka akan membelanjakan wang sebanyak 4.4 billion ringgit, jika ia
dilancarkan sudah tentu tidak boleh ditarik balik selamanya.
Fikiran
orang ramai mungkin boleh menjadi pudar, meraka anggap berjimat
berbelanja dan hapuskan rasuah, wang yang dijimatkan itu boleh diberi
kepada rakyat, mungkin dianggap wang itu ada berlebihan.
Wang
yang hasil dari penjimatan itu, mungkin transaksinya “pendapatan” hanya
satu kali sahaja, tetapi sebaliknya pemberian duit kepada orang ramai
perlu berpanjangan tidak akan putus-putus; jika ada berlebihan duit
dalam kewangan baru boleh beri duit kepada rakyat, jika tidak rakyat
akan bertindak balas kerana mengharap dan kedahagaan duit.
Pakatan
Rakyat mahupun kerajaan BN perlu melihat keadaan lingkaran luar yang
semakin memburuk itu, ada sedikit belanja sedikit, barulah dikatakan
tindakan yang bijak dan bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment