Thursday, October 13, 2011

PANAS : SIAPA LING GEK LANG...????

Kalau sebut Ling Gek Lang tentu tiada siapapun kenal sebab tak pernah ada skandal video seks yang melibatkan beliau.




tapi kalau sebut Christine Ling tentu agak ramai yang kenal sebab beliau adalah antara personaliti TV3 bukan Melayu yang amat petah berbahasa Melayu sewaktu mengendalikan rancangan SEKAPUR SIREH. 
Tentu lebih ramai tidak tahu bahawa Christine Ling juga adalah pakar Bahasa Melayu dan menjadi antara pakar Bahasa Melayu yang terawal bergelar MUNSYI DEWAN.


Nama: Ling Gek Lang (Christine Ling)
No. Kad Pengenalan: 590202-01-5108
Alamat Rumah:  No.1, Jalan MJ 2/4, Taman Meranti Jaya,
47120 Puchong, Selangor.
No. Tel. Bimbit: 012-6505689



Munsyi Dewan ialah penceramah bahasa Melayu yang dilantik khas dan diiktiraf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mengendalikan kursus, ceramah dan taklimat bahasa Melayu di sektor awam dan swasta. Program ini bermula pada tahun 1995. Tujuan pembinaan Munysi Dewan adalah untuk mewujudkan pakar rujuk bahasa Melayu untuk membantu DBP dalam usaha mengembangkan bahasa Melayu di sektor awam dan swasta.
PERANAN
  • Menjadi pembimbing pelajar dan guru di sekolah, pengguna bahasa lain di daerah dan kawasan masing-masing dalam hal kebahasaan;
  • Menjadi pakar rujuk untuk menyelesaikan kemusykilan tentang bahasa Melayu;
  • Mengendalikan pelbagai aktiviti bahasa untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu; dan
  • Membantu DBP melaksanakan dan menjayakan pelbagai aktiviti bahasa.





No comments:

Post a Comment