Thursday, October 20, 2011

TAK ELOK GELAKKAN DIA..

tapi lebih patut kita terajang dan pakat-pakat ludah muka dia. Tak sedar diri...eloklah lepas ni boleh jadi calon PAS atau PKR...takpun boleh jadi pensyarah kat UNISEL...tupun kalau PAKATAN RAKYAT boleh menang lagi di SELANGOR PRU 13 nanti!!!!


Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sehingga siasatan ke atas beliau diselesaikan, berhubung kenyataannya tentang titah Sultan Selangor minggu lalu. Perkara itu terkandung dalam surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada beliau petang semalam. Dalam pada itu, peguamnya Dr Dzulkarnain Lukman mengesahkan bahawa selain digantung tugas, Aziz juga dilarang berada di UIA dan berhubung dengan mana-mana kakitangan dan mana-mana pihak yang ada kepentingan dengan universiti itu. “Berdasarkan surat tunjuk sebab, syarat-syarat ini dikenakan sehingga inkuiri selesai dijalankan,” kata beliau sambil menambah Aziz dikenakan tuduhan mengeluarkan satu kenyataan, yang dibawa oleh portal MalaysiaKini, didakwa telah memudaratkan nama baik dasar UIA. Tuduhan itu dikenakan di bawah Perkara 15(1) Peraturan-peraturan Disiplin Universiti. “Saya difahamkan ini kali ketiga Prof Aziz Bari diberikan surat tunjuk sebab,” kata Dzulkarnain lagi. Bagaimanapun difahamkan ini kali pertama beliau dilarang menjejaki kaki di kampus UIA. “Dua surat sebelum ini, Prof Aziz Bari sendiri yang jawab, jadi saya tidak pasti sama ada digantung tugas atas tidak,” kata peguam itu yang semalam mengiringi pakar perlembagaan itu ketika disoal siasat oleh polis di bawah Akta Hasutan di Shah Alam. Menurut Dzulkarnain, pensyarah itu diberi tempoh sehingga pukul 4 petang 25 Oktober ini untuk menjawab surat tunjuk sebab dikeluarkan semalam. “Prof Aziz akan menjawab surat tunjuk sebab dalam waktu terdekat,” kata beliau lagi. Semalam, polis memulakan siasatan ke atas Aziz mengikut Akta Hasutan berikutan laporan pemimpin Umno Senator Ezam Mohd Nor pada 13 Oktober lalu. Difahamkan sekurang-kurangnya lima laporan polis dibuat berhubung perkara yang sama. Isnin lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyoal siasat Aziz. Malaysian Insider
http://gelombang-rakyat.blogspot.com/2011/10/gantung-tugas-uia-prof-aziz-basi-nak.html

No comments:

Post a Comment