Sepatutnya telah lama kita lakukan, singkirkan puak-puak pembangkang di dalam sektor awam. Memang difahami niat murni kerajaan untuk bersikap profesional tetapi puak-puak pembangkang ini sebaliknya bersikap tidak profesional. Mereka inilah yang sengaja mencacatkan urusan pentadbiran kerajaan agar rakyat marahkan kerajaan. Itu belum ditambah lagi dengan maklumat-maklumat sulit kerajaan yang bocor ke tangan pembangkang.
Cuba bayangkan ada ICU diketuai oleh Ketua Jabatan yang menyokong pembangkang. Betapa sukarnya penyelaras-penyelaras untuk menjalankan tugasnya sedangkan hakikatnya ICU berperanan untuk membantu kerajaan persekutuan membangunkan Parlimen dan DUN yang tewas kepada pembangkang!
Hapuskan segera parasit pembangkang terutama yang bertaraf ketua jabatan dan parasit yang bertenggek di tempat-tempat strategik di kementerian-kementerian atau hidup rakyat seluruh negara akan menjadi susah dengan kerja buat, sabotaj dan fitnah mereka!!! Rakyat akan marah kepada Kerajaan BN!!!!!