Sunday, October 27, 2013

UMAT ISLAM HARUS BERSATU MENENTANG COMANGO

Kita umat Melayu-Islam yang punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat, Satu Aqidah; tetapi kita gagal menjadi Satu Umat!

Dalam isu tuntutan Comango ini, kita bernasib baik kerana disana masih ada segelintir umat Melayu-Islam yang peka dan sensitif dan masih mahu membela dan memperjuangkan hak dan maruah bangsa dan agama.

Mereka bersatu tenaga dan pemikiran, dan menubuhkan sebuah badan dinamakan Muslim-Universal Periodic Review Organisation atau singkatannya Muslim-UPRo. Antara badan yang terlibat ialah seperti yang disenaraikan dibawah.
Mereka ini jelas menepati ciri-ciri yang ALLAH gambarkan didalam Surah Al-Maidah: 54-56. Dan saya yakin mereka akan diberi kemenangan oleh ALLAH swt insyallah.
Kepada parti politik, NGO, pertubuhan dan individu yang mengaku Islam tetapi berpaling daripada perjuangan memartabat dan memperkasakan bangsa dan agama Islam ini, ingatlah amaran ALLAH swt.
Kalau dunia yang kamu kejarkan, kalau jawatan habuan dan kedudukan yang kamu gilakan, dek kerana itu kamu sanggup bersekongkol dengan kafir harbi menikam bangsa dan agama kamu sendiri daripada depan dan belakang; ingatlah ALLAH berjanji akan memutuskan sebarang bantuan dan pertolongan dengan kamu; dan ALLAH tidak lagi menjadi pembimbing dan pemberi petunjuk kepada kamu.
Sesatlah kamu kelak nanti bersama golongan yang sesat, na'uzubillah.
Saya berseru kepada kamu, kembalilah kepangkal jalan. Kembalilah kepada Al-Quran. Kembalilah kepangkuan perjuangan Islam. Kembalilah kamu kepada ukhwah dan persaudaraan Islam. Kembalilah!
 

No comments:

Post a Comment