DENDAM AMERIKA PADA TUN MAHATHIR
Kejayaan merampas semula Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope, kemudiannya disusuli pula kejayaan Mahathir mengambilalih Carcosa
Seri Negara yang telah diserahkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
kepada British. Semuanya bermula pada 11 September 1982 apabila wakil
Wanita UMNO, Rahmah Osman menyuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO
Ke-33.
Carcosa Seri Negara kembali ke tangan Malaysia pada 12 Mei 1984 dengan
pertukaran sebidang tanah di Jalan Ampang sebagai Residensi dan Kedutaan
Britain di Malaysia.
Satu lagi kisah yang wajar diperhalusi dan diperhatikan mengapa Amerika
begitu berdendam dengan Mahathir dan berusaha menjatuhkannya menerusi
Anwar Ibrahim dan parti-parti pembangkang Malaysia seperti DAP.
PETRONAS merupakan antara syarikat minyak utama yang mendapat
‘keistimewaan’ di Sudan. Malah PETRONAS sebenarnya merupakan syarikat
petroleum terbesar dan banyak mendapat projek di negara-negara Afrika
berbanding syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat. Dan semuanya
merujuk kepada kebijaksanaan dan keberanian Mahathir berhadapan dengan
Amerika Syarikat.
Bagaimana boleh jadi begitu?
Tahun 1988, apabila Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negara,
negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk
memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan
Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri. Amerika Syarikat
membuat tawaran menerusi TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan
membuat kajian selama tiga bulan.
Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu
daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup
meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup
ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.
Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi
Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan
Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.
Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan
kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat
tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh
PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar
di dunia.
Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika
Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan
dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi
sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap
Amerika Syarikat.
Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal
Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah
mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko
akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan
Amerika Syarikat.
Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan
menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak,
Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu
dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi
PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah
diberikan tanggungjawab memasang paip.
Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal
perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung
sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu
mengambil risiko berhadapan dengan China.
Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali
lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan
pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70%
keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut.
Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu
akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit
jari.
PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85%
yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85%
keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya,
PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan
sekolah, infrastruktur dan sebagainya.
Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat
tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual
senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah
negara itu dengan lebih mudah.
Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada
negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat
tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu
menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di
dunia.
Kehebatan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir itulah yang membuatkan
banyak pihak di Barat terutama sekali yang berkepalakan Yahudi seperti
George Soros, menaruh dendam yang cukup besar.
Kredit : @[623571760997808:274:Hati Malaya]
LIKE @[144301535710089:274:Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Idola Kami]
i love umno and i love mukhriz .. but....sungai limau??? ha ha
ReplyDelete