Thursday, October 31, 2013

ALAMAK..NAK BUAT APA LAGI NI...????







Allah selalu bersama orang yang beriman dan sentiasa memberi rahmatnya kepada mereka-mereka yang beriman. Lihatlah bagaimana TS Muhyiddin dengan rendah diri memohon maaf di atas keterlanjuran beliau sewaktu  berkempen. Manakala isteri Almarhum Us Azizan pula menerima permohonan maaf  TS Muhyiddin dengan hati terbuka. Segala-galanya dipermudahkan...
cubaan fitnah PAS kini bertukar kepada keakraban yang lebih antara TS Muhyiddin dengan keluarga Almarhum Us Azizan sehingga isteri Almarhun membongkar kembali segala keakraban dan hubungan baik antara TS Muhyiddin dengan Almarhum Us Azizan sepanjang hayat beliau..!!!

Kesian PAS..itulah..jangan bermain dengan pisau..sehebat..secekap manapun..satu hari akan terhiris juga!!!!
Jangan selalu bermain dengan fitnah..kelak akan memakan diri..!!! 



Faekah terima permohonan maaf Muhyiddin

JERAI 30 Okt. - Balu Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah menerima dengan hati terbuka permohonan maaf Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kenyataannya yang mengaitkan keputusan kerajaan memansuhkan subsidi gula dengan penyakit kencing manis bekas Menteri Besar Kedah itu.
Faekah berkata, beliau sedia memaafkan dan percaya kemungkinan kenyataan itu disalah tafsir pihak tertentu serta disebarkan secara tidak betul.
Katanya, beliau mengenali hati budi Muhyiddin yang tidak pernah membuat kenyataan negatif terhadap Azizan dan beberapa kali mengunjungi Allahyarham ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.
"Saya terima penjelasan yang dibuat oleh Muhyiddin menerusi akhbar. Kami sekeluarga tiada masalah untuk memaafkan jika benar berlaku keterlanjuran kata oleh beliau ketika berkempen," katanya ketika dihubungi.
Faekah berkata, Allahyarham Azizan dan Muhyiddin sudah lama menjalin hubungan baik iaitu sebelum kedua-duanya terlibat dalam politik sepenuh masa selepas saling mengenali sejak 60-an.
Katanya, mereka berkenalan ketika Azizan melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar dan kebetulan kakak Muhyiddin turut belajar di universiti sama.
Hubungan mesra itu, katanya, tetap terjalin selepas kedua-duanya aktif dalam politik walaupun daripada parti berbeza.
"Allahyarham selalu ketepikan perbezaan politik apabila berkawan. Sebab itu Allahyarham mempunyai ramai kawan dari pelbagai latar belakang politik berbeza," katanya.


1 comment: