Saturday, October 5, 2013

CALON PRK SG LIMAU : TOK MIE CALON PILIHAN RAKYAT..???

JKKKPKSS ada bersembang dengan orang kampung, orang padang, orang gunung, orang tepi laut, orang bendang di DUN Sg Limau sehari dua ni..ada orang UMNO..ada orang PAS..Orang UMNO yakin BN dapat merampas kembali DUN Sg Limau dengan ketiadaan Ustaz Azizan. malah hal ini diakui sendiri oleh orang PAS kalau BN meletakkan calon yang disukai rakyat.

Antara nama yang disebut-sebut oleh rata-rata orang kampung tadi..calon yang boleh dikatakan faling fofular ialah Dato Suhaimi Abdullah atau nama glamor dia Tok Mie..!!!

JKKKPKSS tak kenai pun Tok Mie ni secara dekat tapi pernah tengok dan dengar Tok Mie berucap..seorang yang hebat..itulah penilaian JKKKPKSS terhadap Tok Mie tapi penilaian JKKKPKSS tak penting sebab JKKKPKSS tak boleh undi Tok Mie tapi orang kampung, orang padang, orang gunung, orang tepi laut, orang bendang di DUN Sg Limau boleh bantu BN menang DUN Sg Limau kali ni..jadi dengaqlah cakap cakap orang-orang ni..!!!

Mengikut orang-orang ni..calon yang nama dia besaq, dia akan menang kali ni..tak kiralah calon UMNO ka ..calon PAS ka..nama sapa lebih besaq dia akan menang..!! Dan Tok Mie ni dok jadi sebutan orang UMNO yang yakin dengan ketokohan dan kerja buat Tok Mie selama ini. Orang PAS pula bimbang dengan sikap dermawan dan suka tolong orang yang ada pada Tok Mie..!!!

pikiaq-pikiaqkanlah....



HOT! Sepupu Allahyarham Ustaz Azizan BAKAL Jadi Calon BN? #PrkSgLimau


Siapa sebenarnya yang layak menjadi calon PRK Sungai Limau, sudah tentu ciri-cirinya ialah anak tempatan, dikenali orang tempatan, bijak pandai agama, ceburi bidang politik dan bonus kalau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Allahyarham Ustaz Azizan.

Kalau mengikut ciri-ciri calon yang Mc sebutkan diatas, hanya ada dua calon yang paling layak pada ketika ini. Datuk Suhaimi, Ketua Bahagian UMNO Jerai dan bekas calon PRU yang lepas Fadzilah. Kedua-duanya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Allahyarham dan baik dengan penduduk kampung.

Ada orang kata beri peluang semula pada Fadzilah untuk jadi calon pada PRK kali ini. Bagi Mc, beliau ok.. tapi apa kata kita cuba calon lain yang lebih berpengalaman.

Semasa kunjungan Menteri Besar, Dato Mukhriz turun ke warung Pak Su, Bukit Besar, Sungai Limau. Beliau telah berjumpa dengan Imam Masjid Bukit Besar, Ustaz Sayuti. Ustaz Sayuti ni sememangnya individu yang sangat dihormati di Sungai Limau.

Pengaruh Ustaz Sayuti ni pun tak boleh dipandang ringan. Walaupun ramai orang kata Ustaz Sayuti ni memang kuat Pas, tetapi hubungan ukhwah sesama muslim mengatasi segalanya. Petang tu, beliau ada bisikan sesuatu di telinga MB Kedah. Katanya "penduduk Sungai Limau mahukan Datuk Suhaimi menjadi calon".

Kenapa Ustaz Sayuti memilih Datuk Suhaimi, atau lebih mesra dipanggil Tok Mie oleh penduduk tempatan.

Disebabkan Tok Mie memang asal orang Sungai Limau, malah beliau juga ada hubungan keluarga dengan Allahyarham. Tak ramai orang tahu tentang hal ini, tetapi itulah hakikatnya.

Malah Tok Mie juga hampir dijadikan calon Sungai Limau pada PRU 2008, sebelum beliau di 'kerat' oleh seseorang kerana kepentingan politik dan permainan politik kotor yang menghantui UMNO di Kedah.

Sebagai orang lama di Jerai dan berpengalaman, Mc pun bersependapat dengan Ustaz Sayuti tu, beri peluang kepada Tok Mie untuk buktikan beliau dalam PRK pada kali ini. Sudah la pada PRU yang lepas beliau tidak menjadi calon. Pada kali ini, apa kata pimpinan UMNO berikan beliau peluang untuk menangkan BN di Sungai Limau.

Ini cuma pendapat peribadi Mc saja, terpulang pada kebijaksanaan dato Paduka Mukhriz untuk membuat penilaian.

Semua orang tahu, dah 5 kali BN kalah di Sungai Limau.. hanya orang yang berpengalaman saja mampu untuk tempuhi PRK itu pada kali ini.

http://kedahkekl.blogspot.com/2013/10/hot-sepupu-allahyarham-ustaz-azizan.html

No comments:

Post a Comment