TERASA KOK KENA 'PENAMPAR'
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menegaskan
reaksi dizahirkan beliau berhubung isu sekolah Cina di Kedah, bukan
bermaksud beliau pendendam, tetapi menganggapnya perkara lumrah dalam
politik.
Mengulas tuduhan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Theresa Kok bahawa beliau mahu menghukum masyarakat Cina di Kedah kerana tidak mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, Mukhriz berkata, jika ada lebihan peruntukan, pihak yang tidak menyokong BN pun akan turut dibantu.

“Sudah tentulah kita nak jaga orang yang sokong kita dulu (dalam
pilihan raya). Apabila selesai apa yang kami (BN) janji dan jika ada
lebihan peruntukan, kami akan bagilah kepada mereka (pihak yang tidak
menyokong).
“Kami (BN) ada manifesto dan pihak lawan pun ada, namun dalam keputusan PRU lalu, kami yang menang, jadi sudah tentulah manifesto kami yang akan kami laksanakan. Saya ingat bukan kita (BN Kedah) saja, Kerajaan (DAP) Pulau Pinang pun buat benda sama juga,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat UMNO Kedah, di sini malam kelmarin.
Kok melalui kenyataan medianya yang disiar portal www.malaysiakini.com kelmarin, dilapor berkata, Mukhriz menunjukkan sikap tidak wajar apabila menyatakan tidak akan melayan permintaan sekolah Cina di Kedah.
Mengenai dakwaan beliau seorang yang bersikap perkauman, Mukhriz meminta Kok menilai status parti yang dinaunginya, iaitu DAP terlebih dulu sebelum menuding jari mendakwa orang lain bersifat demikian.
Sekadar persepsi
“Pada saya ia sebenarnya hanya sekadar persepsi (oleh Kok). Ahli Parlimen Seputeh kata saya rasis, tetapi bagi saya tidak, kerana kami (BN) sememangnya cuba untuk menghidupkan gagasan 1Malaysia. Namun bagi DAP sendiri, ia sememangnya jelas, amalkan rasis... kami pula ada 1Malaysia,” katanya.
Ditanya sama ada tindakan kerajaan negeri itu akan menghakis sokongan masyarakat Cina terhadap BN, Mukhriz berkata, ia sememangnya sudah terhakis.
“Pada saya, mereka (masyarakat Cina) sebenarnya tidak bernasib baik, cuba buat percaturan baru dengan menyokong DAP, tetapi apa yang mereka harapkan tidak dapat ditunaikan. Itu kesilapan besar yang saya lihat diambil masyarakat Cina di Kedah,” katanya.(BH)

Jawapan yang baik dari Mukhriz. Dah salah pilih kuda yang kalah, nak pula rasa imbuhan pemenang lumba kuda. Ada akai ka?
ReplyDeleteApa rasisnya. Kalau ikut populasi pun China dapat peruntukan kurang juga. Misalnya ada satu peruntukan kepada rakyat Melayu dah tentu dapat 65% dan China dapat lah 25% bakinya untuk lain lain kaum. HIlang logik China dek kerana rasis.
Tu lah lama sangat duduk dalam kepompong China yang mereka cipta.
Baru tadi di klinik kerajaan Setapak perempuan China ada IC dalam umur 60an boleh pulak tanya di kaunter kalau kalau ada Dr bangsa China kerana dia tak tau nak cakap sakit yang di alaminya dalam Bahasa Malaysia. Inilah hasil didikan sekolah China. Dah sampai tua duduk dalam Malaysia masih tak fasih Bahasa Melayu.
Nak banding nasib dengan China Indonesia. China Indonesia tu fasih berbahasa Indonesia dan kebanyakkannya tidak tahu pun berbahasa China kerana mereka telah sampai Indonesia antara 500 ke 700 tahun dahulu.
PRU13 China di bodohkan oleh ketamakan sendiri. Dah BN tahu China bodoh tentu BN akan kerjakan ha ha ha