Thursday, October 31, 2013

PROTON BUAT MELAYU PEMBANGKANG HISTERIA..CINA DAP MESTI LEBIH-LEBIH LAGILAH..!!!

fakta...!!!PROTON lebih murah dan jimat tentu membuatkan Penentuan kos dibuat berdasarkan beberapa kriteria iaitu kos asal (harga tawaran penjual), kos tetap (insurans, pendaftaran dan keahlian NRMA) dan kos berubah (minyak dan penyelenggaraan).
 Tentu ramai Melayu pembangkang yang selalu menuruti kehendak DAP agar menjahanamkan semua jenama milik negara kecewa. DAP tentulah lagi kecewa kerana segala propaganda negatif mereka ke atas PROTON telah ditangkis dengan fakta ini...!!!

Proton paling jimat di Australia



PROTON Gen 2 menduduki dua tempat teratas sebagai kereta di bawah AUD$35,000 paling menjimatkan dalam kajian di Australia.
KUALA LUMPUR 30 Okt. - Syarikat kereta tempatan, Proton telah diiktiraf sebagai jenama kereta paling rendah kos pemilikan di Australia dengan mendominasi kategori di bawah AUD$35,000 (RM104,673) menerusi satu kajian yang dilakukan persatuan automotif di negara itu.
Menurut kajian yang dilakukan oleh National Roads and Motorists Association (NRMA) yang berpangkalan di New South Wales, mereka telah meletakkan enam model Proton di kedudukan 10 terbaik mengatasi beberapa jenama terkenal yang lain.
Kajian kos pemilikan berkenaan dilakukan dengan mengambil kira kos penggunaan kenderaan dengan jarak purata 15,000 kilometer setahun untuk tempoh selama lima tahun.
Keputusan kajian 2013 yang dikeluarkan NRMA itu cukup membanggakan kerana Proton Gen 2 GX (manual) berada di tempat pertama dan Gen 2 GXR (manual) di tangga kedua. Ia diikuti Proton Persona Elegance (manual) di tangga ketiga dan model Gen 2 GX automatik berada di tempat keempat.
Ia mengatasi model popular lain seperti Hyundai Elantra Kia Cerato dan Suzuki SX4 yang turut tercalon dalam senarai 10 kenderaan terbaik.
Elantra Active (manual) hanya menduduki tangga kelima, kemudian diikuti sebuah lagi Persona Elegance versi automatik di tangga keenam, Gen 2 GXR automatik (ketujuh), manakala Kia Cerato S hatchback manual (kelapan),Cerato S sedan (kesembilan) dan Suzuki Sx4 Crossover manual di tangga kesepuluh.
Ini merupakan kejayaan dua tahun berturut-turut Proton mendapat pengiktirafan daripada persatuan berkenaan.
Kajian yang dilakukan oleh NRMA melibatkan kos pemilikan 1,800 kenderaan yang dibahagikan kepada 22 kelas bagi memudahkan orang ramai membuat pilihan untuk membeli kenderaan baharu.
Penentuan kos dibuat berdasarkan beberapa kriteria iaitu kos asal (harga tawaran penjual), kos tetap (insurans, pendaftaran dan keahlian NRMA) dan kos berubah (minyak dan penyelenggaraan).
Penilaian lain turut melibatkan pembebasan gas rumah hijau, ANCAP dan sistem kawalan kestabilan elektronik (ESC).
Kadar penggunaan minyak dikira berdasarkan Australian Design Rule ADR82/01 menerusi kepelbagaian corak pemanduan manakala purata harga minyak setiap kilometer
Berdasarkan laman sesawang Proton Australia, kedua-dua model berkenaan menggunakan enjin 1.6L Campro IAFM, 4-Cylinder, DOHC 16V MPI.


No comments:

Post a Comment