DAP tak duduk diam sahaja...terus ligat otak mereka mencari jalan bagaimana untuk menghancurkan Melayu dan Islam ini. DAP erus berfikir...
Orang Melayu mungkin akan tunduk dan melutut kepada DAP dan akan menurut segala kemahuan DAP hatta menjual akidah sekalipun sekiranya mereka hidup susah. DAP melihat sendiri bagaimana pemimpin Melayu PKR dan PAS menjual agama hanya kerana gemarkan wang DAP!!!
Jadi bagaimana hendak menyusahkan orang Melayu...??? DAP sedar lubuk rezeki orang Melayu yang terbesar ialah pekerjaan di sektor awam..!!! 1.2 juta dari 1.4 juta kakitangan awam adalah Melayu..!!! Mungkin dengan menggugat rezeki orang-orang Melayu dalam perkhidmatan awam...mereka akan tunduk sujud kepada segala kemahuan DAP seperti pemimpin-pemimpin Melayu PAS dan PKR!!!
DAP akan berterusan menyerang kakitangan awam dengan menimbulkan kebencian rakyat terhadap kakitangan awam. Justeru DAP muncul bersama idea kakitangan awam yang terlalu ramai dan malas!!! Modus Operandi ini telah dilaksanakan ke atas PDRM dan UMNO sehingga menyebabkan rakyat membenci PDRM dan UMNO!!!
SINDIRNYA LAGI “Kakitangan awam tertinggi di dunia,” kata Ketua Parlimen
DAP, Lim Kit Siang sebagai simbolik parti itu terus menerus memusuhi
kakitangan kerajaan yang majoritinya terdiri daripada Melayu-Islam.
Kit Siang berkata, pada 2009, nisbah kakitangan awam-penduduk di
Malaysia adalah yang tertinggi di Asia-Pasifik, iaitu 4.68 peratus
berbanding 1.4 peratus bagi Singapura, 1.79 peratus bagi Indonesia, 1.85
peratus bagi Korea Selatan dan 2.06 peratus bagi Thailand.
Kenyataan Kit Siang itu mengesahkan kebencian DAP terhadap kakitangan
kerajaan sepertimana yang diakui oleh Tony Pua Kiam Wee dalam Sinchew
Daily News, 1 November 2011.
Tony Pua, Setiausaha Publisiti DAP dilaporkan berkata jika Pakatan
Rakyat (PR) dapat memerintah kerajaan pusat, akan dikemukakan satu
projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk
mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap
tahun.
“Pakatan
Rakyat tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan
membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor
kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan Rakyat akan buat penambahan
kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan
memilih kakitangan awam yang punyai daya saing,”katanya.
Tony Pua berkata, Pakatan Rakyat akan menggalakkan kakitangan awam
yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara
negera China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk
kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang
diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak
kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji
kakitangan awamnya.
Menurutnya, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta
orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk
Malaysia.
Jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia,
Filipina dan Korea, katanya bilangan kakitangan awam mereka hanya 2
peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.
No comments:
Post a Comment