Ringkasnya, seorang Islam itu wajib diberi kebebasan untuk murtad!
Apa maksud saya memberi perbandingan tuntutan Comango dan IFC ini?
Saya mahu
membuktikan bahawa tuntutan mereka sama sahaja! Malah kalau dilihat
mereka yang menganggotai IFC dan Comango, boleh dikatakan pihak yang
sama sahaja. Malah individu yang terlibat pun ada yang sama sahaja.
Mereka kelihatan begitu kemaruk mahu memurtadkan orang Melayu beragama Islam; setelah gagal diperingkat negara, mereka kini melobi ke peringkat antarabangsa.
Benar rupanya firman ALLAH swt dalam Al-Baqarah:120, 'sesungguhnya
kafir (Yahudi & Nasara) ini sama sekali tidak akan redha dengan
kamu (umat Islam) sampai bila-bila selagi kamu tidak menurut agama dan
cara kehidupan mereka' - sadaqallah hal 'adheem!
Persoalannya ialah
mengapa semasa tuntutan IFC, umat Melayu-Islam boleh bersatu. Parti
politik Melayu-Islam seperti UMNO, PAS boleh bersatu. NGO-NGO Melayu
Islam juga bersatu. Individu-individu pejuang-pejuang Melayu Islam boleh
bersatu. Kita boleh menolak kefahaman sempit politik kepartian; dan
bersatu mempertahankan Islam.
Malah saya masih ingat kita bersatu menjalankan Kempen Sejuta Tandatangan Umat
dimana dalam tempoh sebulan dua, kita berjaya mendapatkan tandatangan
lebih sejuta umat Melayu-Islam dan menyerahkan Memorandum Memperkasakan
Islam kepada Majlis Raja-Raja.
No comments:
Post a Comment