Showing posts with label Coalition of Malaysian NGOs. Show all posts
Showing posts with label Coalition of Malaysian NGOs. Show all posts
Sunday, October 27, 2013
ANDA TAHU APA ITU COMANGO, SIAPA YANG MENDALANGI COMANGO..ANDA TAHU SIAPA ANDA PERLU UNDI DALAM PRK SUNGAI LIMAU..!!!
Dah jelas apa tujuan COMANGO dan siapa pemimpin yang terlibat dengan COMANGO. Semua tahu siapa Ambiga...siapa Maria Chin Abdullah.. Kedua-duanya mempunyai hubungan yang rapat dengan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat adalah Pakatan Pembangkang yang mana PAS menjadi anggotanya. Justeru mengundi PAS pada PRK Sg Limau beerti menyokong COMANGO yang bertujuan menyesatkan akidah umat Islam!!!
MENGAPA KITA PERLU TAHU SIAPA PEMIMPIN DAN NGO YANG MENDALANGI COMANGO..???
Daripada 54 NGO itu, suara paling dominan adalah dari kumpulan LGBT
(Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender) yang bernaung di bawah SOGI
(Coalition of Sexual Orientation and Gender Identity).
Menurut laman wao.org.my NGO-NGO yang bernaung di bawah SOGI seperti Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS), Seksualiti Merdeka, Justice for Sisters dan PT Foundation menuntut hak kebebasan berpesatuan, berhimpun dan menyuarakan pendapat.
Dominasi kumpulan LGBT dalam COMANGO kerana mendapat sokongan padu daripada kesemua NGO-NGO hak asasi terutamanya, SUARAM, EMPOWER dan Bar Council Malaysia.
Selain itu, terdapat juga kumpulan feminisme (hak-hak wanita), agama, media, orang asli, migrasi dan kanak-kanak yang kesemuanya berkaitan dengan hak asasi.
Banyak juga NGO yang disenaraikan di atas menjalankan operasi secara haram dan tidak berdaftar dengan ROS (Pejabat Pendaftar Pertubuhan), misalnya SUARAM, DEMA dan Seksualiti Merdeka.
Namun, majoriti NGO COMANGO itu adalah NGO yang sama yang menggerakkan BERSIH pimpinan bekas Presiden Bar Council Malaysia, Datuk S Ambiga dan Pengarah Eksekutif EMPOWER, Maria Chin Abdullah.
Sebuah yayasan dana yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), NED (National Endowment for Democracy) dalam laporan menyebut beberapa NGO di Malaysia telah menerima tajaannya untuk beroperasi di Malaysia sejak dari tahun 2005.
NGO-NGO itu antaranya adalah SUARAM, CIJ (Centre for Independent Journalism) dan Seacem (Southeast Asia Centre for E-Media) yang merupakan antara tulang belakang NGO COMANGO tersebut.

Labels:
Coalition of Malaysian NGOs,
COMANGO
UMAT ISLAM HARUS BERSATU MENENTANG COMANGO
Kita
umat Melayu-Islam yang punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu
Qiblat, Satu Aqidah; tetapi kita gagal menjadi Satu Umat!
Dalam isu tuntutan
Comango ini, kita bernasib baik kerana disana masih ada segelintir umat
Melayu-Islam yang peka dan sensitif dan masih mahu membela dan
memperjuangkan hak dan maruah bangsa dan agama.
Mereka bersatu
tenaga dan pemikiran, dan menubuhkan sebuah badan dinamakan
Muslim-Universal Periodic Review Organisation atau singkatannya
Muslim-UPRo. Antara badan yang terlibat ialah seperti yang disenaraikan dibawah.
Mereka ini jelas menepati ciri-ciri yang ALLAH gambarkan didalam Surah
Al-Maidah: 54-56. Dan saya yakin mereka akan diberi kemenangan oleh
ALLAH swt insyallah.
Kepada parti politik, NGO, pertubuhan dan individu yang mengaku Islam tetapi berpaling daripada perjuangan memartabat dan memperkasakan bangsa dan agama Islam ini, ingatlah amaran ALLAH swt.
Kalau dunia yang kamu kejarkan, kalau jawatan habuan dan kedudukan yang
kamu gilakan, dek kerana itu kamu sanggup bersekongkol dengan kafir
harbi menikam bangsa dan agama kamu sendiri daripada depan dan belakang;
ingatlah ALLAH berjanji akan memutuskan sebarang bantuan dan
pertolongan dengan kamu; dan ALLAH tidak lagi menjadi pembimbing dan
pemberi petunjuk kepada kamu.
Sesatlah kamu kelak nanti bersama golongan yang sesat, na'uzubillah.
Saya berseru kepada kamu, kembalilah kepangkal jalan. Kembalilah kepada
Al-Quran. Kembalilah kepangkuan perjuangan Islam. Kembalilah kamu kepada
ukhwah dan persaudaraan Islam. Kembalilah!
Labels:
Coalition of Malaysian NGOs,
COMANGO
COMANGO MAHU ORANG ISLAM DIBERI HAK UNTUK MURTAD..!!!
Ringkasnya, seorang Islam itu wajib diberi kebebasan untuk murtad!
Apa maksud saya memberi perbandingan tuntutan Comango dan IFC ini?
Saya mahu
membuktikan bahawa tuntutan mereka sama sahaja! Malah kalau dilihat
mereka yang menganggotai IFC dan Comango, boleh dikatakan pihak yang
sama sahaja. Malah individu yang terlibat pun ada yang sama sahaja.
Mereka kelihatan begitu kemaruk mahu memurtadkan orang Melayu beragama Islam; setelah gagal diperingkat negara, mereka kini melobi ke peringkat antarabangsa.
Benar rupanya firman ALLAH swt dalam Al-Baqarah:120, 'sesungguhnya
kafir (Yahudi & Nasara) ini sama sekali tidak akan redha dengan
kamu (umat Islam) sampai bila-bila selagi kamu tidak menurut agama dan
cara kehidupan mereka' - sadaqallah hal 'adheem!
Persoalannya ialah
mengapa semasa tuntutan IFC, umat Melayu-Islam boleh bersatu. Parti
politik Melayu-Islam seperti UMNO, PAS boleh bersatu. NGO-NGO Melayu
Islam juga bersatu. Individu-individu pejuang-pejuang Melayu Islam boleh
bersatu. Kita boleh menolak kefahaman sempit politik kepartian; dan
bersatu mempertahankan Islam.
Malah saya masih ingat kita bersatu menjalankan Kempen Sejuta Tandatangan Umat
dimana dalam tempoh sebulan dua, kita berjaya mendapatkan tandatangan
lebih sejuta umat Melayu-Islam dan menyerahkan Memorandum Memperkasakan
Islam kepada Majlis Raja-Raja.
Labels:
Coalition of Malaysian NGOs,
COMANGO
COMANGO DAN IFC ADALAH SAMA..???
Melihat kepada tuntutan Comango ini, saya teringat tuntutan mereka yang
melobi untuk penubuhan Suruhanjaya Antara Agama atau IFC sekitar tahun
2005-2006 dahulu. Antara tuntutan utama mereka ialah seperti:
1. mendesak Malaysia melaksanakan Artikel 18 United Nations Universal Declarations of Human Rights yang memperuntukkan "everyone
has the right to freedom of thought, conscience and religion; this
right includes freedom to change his religion or belief, and freedom,
either alone or in community with others and in publicor private, to
manifest his religion or belief in teaching, practice, worship and
observance".
Terjemahan: "setiap individu berhak kepada kebebasan berfikir, kepercayaan dan agama; ini termasuk kebebasan untuk menukar agama atau kepercayaan itu,
dan kebebasan, samada secara bersendirian atau bersesama samada secara
persendirian atau secara terbuka.melaksanakan agama atau kepercayaan
didalam bentuk pengajaran, amalan, penyembahan dan pematuhan".
Ini bermakna seseorang yang sedia-ada menganut agama Islam wajib diberi
kebebasan menukar agama itu ke agama atau kepercaya lain.
Ringkasnya, seorang Islam itu wajib diberi kebebasan untuk murtad!
Apa maksud saya memberi perbandingan tuntutan Comango dan IFC ini?
Saya mahu
membuktikan bahawa tuntutan mereka sama sahaja! Malah kalau dilihat
mereka yang menganggotai IFC dan Comango, boleh dikatakan pihak yang
sama sahaja. Malah individu yang terlibat pun ada yang sama sahaja.
Mereka kelihatan begitu kemaruk mahu memurtadkan orang Melayu beragama Islam; setelah gagal diperingkat negara, mereka kini melobi ke peringkat antarabangsa.
Labels:
Coalition of Malaysian NGOs,
COMANGO
APA TUNTUTAN COMANGO..????
1. menuntut Malaysia menerima International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR) yang antaranya mengandungi Artikel 18 berkaitan kebebasan beragama. Diantara komen ialah "The
Committee observes that the freedom to 'have or to adopt' a religion or
belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief,
including the right to replace one's current religion or belief".
Terjemahan: Artikel 18 ini bermaksud "bahawa hak untuk menerima atau
menganut sesuatu agama atau kepercayaan sewajarnya bermaksud kebebasan
untuk memilih sesuatu agama atau kepercayaan, termasuk hak untuk menukar atau menggantikan agama atau kepercayaan sedia-ada seseorang".
Ini bermakna seseorang yang sedia-ada menganut agama Islam wajib diberi
kebebasan menukar agama itu ke agama atau kepercayaan lain.
Ringkasnya, seorang Islam itu wajib diberi kebebasan dibenarkan murtad!
Labels:
Coalition of Malaysian NGOs,
COMANGO
APA ITU COMANGO..???
Coalition of Malaysian NGOs atau singkatannya COMANGO iaitu pakatan
pertubuhan-pertubuhan pro-kebebasan mutlak dan hak asasi tanpa batas di
Malaysia
Labels:
Coalition of Malaysian NGOs,
COMANGO
Subscribe to:
Posts (Atom)