Sunday, October 27, 2013

DAH ROSAKKAN IMEJ DAN KREDIBILITI...MOHON MAAF...???

Mudahnya...teruk kredibiliti dan imej Tun, UMNO tercalar...portal yang tak bertanggungjawab ini minta maaf selamba sahaja....


Tohmahan, fitnah dan adu domba sudah menjadi seperti kemestian kepada portal akhbar ini. Hari ini sekali lagi portal The Malaysian Insider memohon maaf kepada Negarawan Tun Dr Mahathir kerana memfitnah beliau "salur RM200 untuk menang di peringkat bahagian".
Sebelum ini juga portal yang sama turut memfitnah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sebelum cepat-cepat memohon maaf selepas itu. Apakah terdapat dalang di sebalik portal berkenaan yang cuba menjatuhkan kredibiliti kedua-dua anak beranak ini? Apa pula motif di sebalik fitnah-fitnah ini?

Dalam 2 minggu ini sudah 3 permohonan maaf dilakukan oleh The Malaysian Insider. Satu kepada Datuk Mukhriz, satu kepada Khazanah Malaysia dan satu kepada Tun Dr Mahathir. Boleh tak CTS sarankan selepas ini tolonglah saman portal ini??? Wartawan dan editor yang menulis rencana berkenaan wajar didesak untuk meletakkan jawatan kerana mereka meletak etika kewartawanan di dalam longkang!

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2013/10/the-malaysian-insider-mohon-maaf-kerana.html#IVE9VMwf3epcFJt8.99


sumber

No comments:

Post a Comment