Monday, March 18, 2013

PENGGANAS DI PENGARUH DADAH JENIS BARU

Nampaknya sejak insiden pengganas Sulu mengganas di Lahad Datu, penyokong PR pun nampaknya terikut-ikut mengganas di dalam ceramah UMNO. Kalau pengganas Sulu mengganas disebabkan oleh pengaruh ajaran sesat atau dadah..pengganas PR pula mungkin dipengaruhi oleh aura bau ketiak akibat ketagihan mencium ketiak..!!!





Polis tahan lelaki cetuskan kekacauan ketika ceramah

SEKUMPULAN penyokong parti pembangkang cuba merempuh masuk ke dewan bagi mengganggu ceramah yang dihadiri oleh Zulkfli Noordin dan Zahid Mat Arif, di Sekolah Menengah Guar Perahu, Penanti, Pulau Pinang malam tadi. - UTUSAN
BUKIT MERTAJAM 18 Mac - Polis menahan seorang lelaku kerana cuba mencetuskan provokasi bagi menganggu majlis ceramah "Di Sebalik Lahad Datu dan Kalimah Allah" yang diadakan di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu, Penanti dekat sini malam tadi.
Lelaki terbabit yang hadir bersama sekumpulan lebih 60 lelaki dan wanita dipercayai penyokong parti pakatan pembangkang untuk mengganggu majlis itu sejak 9 malam, ditahan untuk siasatan lanjut.
Pada mulanya kumpulan tersebut berkumpul di luar pagar sekolah itu bagi menggagalkan ceramah yang dihadiri oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip.
Bagaimanapun kumpulan tersebut bertindak agresif dengan merempuh masuk ke kawasan sekolah dan bertindak membaling telur dan terhadap orang ramai yang menghadiri majlis itu selain melemparkan kata-kata provokasi bertujuan menghentikan ceramah tersebut.
Tindakan penyokong pembangkang itu sedikit pun tidak mematahkan semangat kedua-dua penceramah tersebut yang menjawab fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap kerajaan berhubung insiden Lahad Datu dan isu kalimah Allah.
Zulkifli dalam ceramah itu berkata, beliau tidak gentar untuk berhadapan dengan penyokong pembangkang kerana apa yang dilakukan itu adalah untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air daripada menjadi mangsa kerakusan pihak-pihak tertentu.
"Saya akan terus berceramah dan tidak gentar dengan apa saja demi agama Allah," katanya.
Beliau juga menggesa pengundi khususnya di Permatang Pauh agar menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pemimpin itu sanggup melakukan apa sahaja termasuk menyokong penggunaan kalimah Allah oleh agama lain semata-mata mahu memenuhi cita-cita politiknya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment