Setiap Kali Terkantoi, Pasti Anwar Berselindung Di Sebalik Azizah
AIDCNews – 07/04/11 – Ketidakhadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di rumah kediaman peribadi mereka, 5 April mengundang pelbagai persoalan.Jika hanya bersandarkan Anwar sibuk dengan pilihanraya Sarawak, alasan itu tidak begitu kukuh kerana antara mempertahankan maruah peribadi dengan pilihanraya di Sarawak, mana yang lebih penting kepada Anwar ?
Jika Anwar mengatakan skandal seks yang dikaitkan dengan dirinya tidak penting, kenapa Wan Azizah mengadakan sidang media tergempar di kediamannya, 5 April ?
Jika Anwar mengatakan pelaku dalam video itu tiada kaitan dengan dirinya, kenapa Anwar secara tergesa-gesa mengadakan sidang media pada 21 Mac, menafikan dirinya terlibat dalam video itu sedangkan ketika itu tiada mana-mana media arus perdana menamakan dirinya.
Sekarang, sedutan video yang mirip dirinya telah dimuat turun di youtube, rakyat telah menyaksikan sendiri rupa bentuk pelaku yang dikatakan mirip Anwar Ibrahim itu.
Dan sudah semestinya, ketika ini, rakyat menuntut penjelasan Anwar, bukannya penjelasan Wan Azizah.
Azizah tidak tahu menahu tentang klip video itu, yang didakwa adalah Anwar, maka Anwar perlu bertanggungjawab, bukannya Azizah.
Jika Wan Azizah menafikan lelaki dalam video itu adalah suaminya, Anwar Ibrahim, bagaimana pula dengan pengakuan sahabat Anwar, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mendakwa beliau bersama-sama dengan Anwar di bilik hotel tempat kejadian itu dirakamkan ?
Shazryl Eskay mengemukakan tiga bukti, iaitu klip video seks, jam tangan jenama Omega dan bukti SMS sedangkan Wan Azizah gagal memberikan apa-apa bukti, selain bersandarkan pengalamannya sebagai isteri.
Malah ketika wartawan mahu ditunjukkan bukti kewujudan jam tangan Omega itu, Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah turut emosi. Suasana menjadi kelam kabut. Kedua-dua anak beranak itu berlumba-lumba mahu menjawabnya dan menyalahkan wartawan sebagai tiada hak bertanyakan soalan tersebut.
Kenapa perlu beremosi bila ditanya soalan jam tangan Omega ?
Tan Sri Khalid Ibrahim pun turut melompat, membebel-bebel memarahi wartawan kerana bertanyakan soalan yang disifatkan tidak adil.
Apa yang tidak adilnya, soalan berkaitan dengan jam tangan Omega ?
Kalau ada, buktikan ada. Kalau tidak ada, beritahu perkara sebenar. Tidak perlu mengelabah dan menyalahkan wartawan kerana sikap sedemikian mengambarkan mereka menyembunyikan sesuatu untuk melindungi Anwar.
Jadi jangan salahkah rakyat jika mereka membuat keputusan sendiri bahawa sebenarnya Wan Azizah tidak menyimpan jam tersebut sepertimana yang didakwa. Klik di sini
Di mana pula Anwar ketika Wan Azizah, Nurul Izzah dan Khalid berhempas pulas menjawab isu jam tangan Omega ?
Kes Liwat, Anwar Lari Ke Kedutaan Asing
Hal ini sama seperti kes Anwar dituduh meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Sehari selepas Mohd. Saiful membuat laporan polis, Anwar melarikan diri berlindung di Kedutaan Turki, meninggalkan Wan Azizah ditemani oleh anaknya, Nurul Izzah dan Khalid berhempas pulas menjawab pertanyaan wartawan dalam sidang media di Quality Hotel, Shah Alam pada 29 Jun 2008.
Wartawan: Datin Seri (Wan Azizah), anda tahu secara sah di mana suami anda berada pada ketika itu (petang, 26 Jun 08)?
Wan Azizah tidak terus menjawab soalan itu, sebaliknya Khalid Ibrahim mencelah; “haha..polis kena jawab..(soalan ini)
Sambil lewa seolah-olah tidak pasti Wan Azizah menjawab : “Dia (Anwar) mempunyai mesyuarat itu..errr”
“Dia di mana ? ” soal wartawan yang mahukan kepastian daripada Wan Azizah.
Wan Azizah nampaknya keberatan menjawab soalan ini, lantas dengan segera, anaknya Nurul Izzah menghampiri ibunya dan menjawab soalan wartawan itu.
“Dia (Anwar) bersama kami. Sila tanya soalan lain”, tegas Nurul Izzah sambil Wan Azizah menundukkan mukanya menyimpan pelbagai rahsia.
http://www.anwaraidc.com/?p=9153
Bisik ke telinga Tuan Guru Nik Aziz Menteri Besar Negeri Kelantan tentang Peringatan Allah mengenai Kaum Lut yang sebenarnya kekal relevan selama-lamanya. Itupun kalau ummat Islam betul-betul faham dan ambil iktibar. (termasuk alim ulama, tok guru, ustaz, lebai, yg berserban, bersongkok, bertopi, dan yang tak pakai apa-apa dikepala.)
ReplyDelete