Sunday, March 17, 2013

MALAYSIA ZALIMI PENGGANAS SULU, RAKYAT FILIPINA..!!!

oooo...Malaysia yang aniaya pengganas Sulu, rakyat Filipina ...baru faham..!!

Filipina boleh ambil tindakan terhad terhadap Malaysia

MANILA 16 Mac - Filipina boleh menggunakan 'tindakan keras terhad' terhadap Malaysia jika nyawa rakyat Filipina yang terperangkap dalam pencerobohan di Sabah berada dalam bahaya, kata Senator Miriam Defensor Santiago.
Akhbar Filipina melaporkan Santiago yang merupakan hakim lantikan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berkata, ada beberapa syarat yang membenarkan sesebuah negara mengambil tindakan tersebut bagi menyelamatkan rakyatnya.
''Undang-undang antarabangsa melarang tindakan kekerasan. Namun, terdapat pengecualian tidak bertulis yang membenarkan negara melindungi atau menyelamatkan rakyatnya menggunakan tentera di kawasan negara lain.
''Bagaimanapun, pengecualian itu tidak boleh digunakan, melainkan Filipina perlu melakukan operasi menyelamat,'' katanya yang dipetik oleh akhbar Inquirer di sini, semalam.
Santiago berkata, antara prasyarat yang perlu dipantau terlebih dahulu adalah nyawa rakyat disahkan dalam bahaya, Malaysia tidak mahu atau tidak dapat memastikan keselamatan rakyat, Filipina tidak mempunyai niat lain dalam melaksanakan operasi menyelamat dan skala penggunaan tentera sejajar dengan keadaan serta tujuan operasi.
Apabila ditanya sama ada situasi di Sabah membolehkan Filipina mengambil tindakan itu, Santiago berkata: ''Filipina boleh berperang dalam tindakan terhad jika prasyarat ini dipenuhi.''
Beliau berkata, di bawah undang- undang antarabangsa, kedua-dua negara yang mempunyai konflik antara satu sama lain perlu menggunakan pendekatan damai untuk menyelesaikan sebarang pertikaian.
''Ini membawa maksud, perang dianggap salah di sisi undang-undang antarabangsa bagi membuktikan hak kedaulatan ke atas kawasan tertentu. Keadaan ini jelas melibatkan pertikaian di Sabah oleh Filipina dan Malaysia,'' ujarnya. - Agensi
 

No comments:

Post a Comment