PKR Gesa Kerajaan gugur pertuduhan Tian Chua...Bodoh Mamat Ni
SHAH ALAM: PKR menggesa kerajaan menggugurkan pertuduhan terhadap Naib Presiden Tian Chua yang didakwa di bawah Akta Hasutan bersabit kenyataan memperlekeh anggota keselamatan negara mempertahankan kedaulatan negeri Sabah dari pencerobohan militan Sulu.
Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Tian Chua adalah mangsa kepada pembunuhan karektor melalui media perdana di mana kenyataan asal dan beberapa komen lain telah dicampuradukkan.
"Chua adalah penjawat awam yang mencintai negaranya, dan telah berkorban bertahun-tahun berkhidmat untuk rakyat Malaysia, termasuk anggota keselamatan. Adalah kejam untuk menuduh beliau mengambil ringan kematian tentera dan anggota polis di Sabah.
"Kita memohon agar kerajaan mengugurkan tuduhan dengan kadar segera," kata beliau menerusi kenyataan media.
Ahli Parlimen Batu itu didakwa di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 di mana pada pukul 11 pagi pada 1 Mac, mendakwa tembakan di Lahad Datu adalah satu konspirasi kerajaan Umno.
Beliau mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Mohamad Sekeri Mamat menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 bagi seorang penjamin.
Tian Chua diwakili oleh N Surendran, Latheefa Koya, Willian Leong, Eric Paulsen dan dua yang lain.
No comments:
Post a Comment