Thursday, March 14, 2013

MACAM NILAH...!!!

Bukan kena bayar duitpun..cukuplah sekadar sedikit penghargaan yang mungkin dapat membantu menghilangkan kesedihan ahli keluarga pasukan keselamatan yang terkorban. Kalau tak boleh nak menghargai baik senyap...



Peguam Cipta Lagu Khas Untuk Perajurit Negara Di Sabah #PrayForSabah

Peguam bernama Josephine Hadikusumo telah meluahkan rasa sedih dan terharu dengan apa yang berlaku di Lahad Datu, beliau berkongsi kesedihan dengan semua rakyat Malaysia dengan mencipta sebuah lagu bertajuk Tidurlah dan dimuatkan di Youtube. Lagu Tidurlah khas didedikasi buat perwira negara yang terkorban kerana mempertahankan kedaulatan negara dari penceroboh yang kejam.
Beliau bukan pencipta lagu profesional tetapi rakyat biasa yang sayang dan  cintakan negara. Josephine menghabiskan masa berjam jam di hadapan laptop dan  piano untuk mencipta lagu Tidurlah.

Josephine memegang dua ijazah iaitu Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Melbourne dan Sarjana Undang-Undang, dari Bond University. Pernah menjadi  pensyarah dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) selama tiga tahun (2005-2008).
Video Tidurlah lagu ciptaan Josephine Hadikusumo

Lirik lagu Tidurlah
Tidurlah
Perajurit Muda
Lepaskan bebanmu dalam buaian indah
Tidurlah
Lelapkanlah mata
Musim luruh kan berlalu
malammu menjadi cahaya
Mengapa kamu pergi dulu?
Mengapa kamu rebah sebelum waktu?
Bunga-bunga kan ku kalungimu
Bersama seribu kasih
Jasamu padaku disanjungi
Air mata ku kirim bersama
Doa bagimu, perwira
Usah lagi duka
Usah lagi duka
Tidurlah

No comments:

Post a Comment