Monday, March 18, 2013

KAT MANA HEBATNYA MELAYU UMNO..????

Ada orang Melayu tanya aku apa hebat sangat Melayu UMNO berbanding Melayu Pakatan Rakyat ni..????

Melayu PR nak urus KUIN dan UNISEL pun gagal, apalah sangat 2 IPT ni kalau di bandingkan dengan sebuah UNIVERSITI MALAYA yang jauh lebih besar tu! 2 IPT, KUIN dan UNISEL tupun UMNO yang tubuhkan, melayu PR cuma sambung urus tadbir saja tapi gagal apatah lagi nak harap sesuatu idea yang baru..!!

Lihatlah pula Melayu UMNO.. tak payah cerita tentang institusi pendidikan yang melibatkan 20 IPTA dan beratus INSTITUSI KEMAHIRAN PERCUMA siap dapat elaun lagi seperti IKBN, ILP, IKM,..., Gergasi Korporat PETRONAS, FELDA, TABUNG HAJI, PROTON, MODENAS, TM, TNB...tengok sj muka Nizar bekas MB Perak dan Khalid Ibrahim yang bakal jadi bekas MB Selangor.. 2 orang pemimpin hebat PR ni pun adalah hasil produk revolusi pendidikan UMNO...dan dalam banyak kejayaan Melayu UMNO, sudah tentulah kejayaan yang paling hebat ialah PETRONAS.

ada yang kata tak adillah nak bandingkan Melayu UMNO yang tadbir Negara dengan melayu PR yang hanya tadbir negeri. Kejayaan sesuatu organisasi bukannya terletak pada skala sesuatu organisasi tetap skill pengurusan. Kalau satu organisasi yang kecil pun tak boleh tadbir macam mana nak tadbir negara..???

Namun yang paling utama ..yang ada pada Melayu UMNO tetapi tiada pada Melayu PR ialah Melayu UMNO ada prinsip..Agama dan Bangsa diletakkan di hadapan..tiada kompromi..kat situlah terletak kehebatan Melayu UMNO dan itulah juga faktor kejayaan Melayu UMNO..!!!


No comments:

Post a Comment