Monday, March 18, 2013

KUIN : CUKUP-CUKUPLAH UMNO MEMPERKUDA KAKITANGAN DAN PELAJAR UNTUK MEMFITNAH KERAJAAN PAS KEDAH!!!

Video Bersih KUIN yang menghentam kerajaan PAS Kedah ni memang lucu tapi aku tak percayalah sebuah kerajaan yang teramat ISLAM macam kerajaan PAS Kedah boleh aniaya pekerja dan pelajar KUIN..

Mungkin kakitangan KUIN suka buat tuntutan melampau, minta BONUS 20-30 bulan tapi tak dapat ditunaikan!!! Semua kakitangan minta jadi Pengarah, Ketua Jabatan...kerajaan PAS tak dapat tunaikan lalu fitnah kerajaan PAS.

Pelajar pula terlalu manja..mungkin semua nak free, siap minta duit poket lagi. Nak bilik asrama setaraf hotel 5 star, nak degree first class tapi tak mau belajar..mana boleh macam tu.. tapi bila kerajaan PAS tak dapat tunaikan, fitnah kerajaan PAS..

Kalau nak fitnahpun agak-agaklah..cari orang atau perkumpulan yang sesuai difitnah...!!! Bukan dengan mmfitnah sebuah kerajaan Islam yang ditadbir oleh orang Islam yang tak boleh kita pertikaikan Islam mereka...







Untuk pemahaman yang lebih baik, mari kita tonton video permasalahan KUIN yang diedarkan di Youtube. Ianya sangat mudah difahami.

Kronologi kenapa KUIN menjadi tenat sehingga kini dipaparkan dalam bentuk video. Semoga ianya menjadi teladan dan dalam PRU13 nanti menjadi pertimbangan kepada pengundi yang memerintah negeri bukanlah senang.

Malah nak menguruskan sebuah univerisiti pun bukannya senang seperti yang penceramah PAS dok sebut atas pentas. Ianya amat susah dan memerlukan kepakaran. Jika kepakaran hanyalah ego dan sikap menunjuk-nunjuk, beginilah jadinya.

Terimakasih kepada skuad Bersih KUIN kerana memaparkan kisah KUIN dalam bentuk audi visual.

SUMBER

No comments:

Post a Comment