Malaysia diminta amal toleransi maksimum
MANILA 4 Mac - Kerajaan Filipina hari ini menggesa pihak berkuasa Malaysia mengamalkan toleransi maksimum dalam mengendalikan pengikut Raja Muda Azzumudie Kiram di Sabah.Kenyataan itu dibuat ekoran pertempuran yang mengorbankan 17 orang, termasuk enam anggota polis Malaysia di Semporna, kelmarin.
Jurucakap Hal Ehwal Luar, Raul Hernandez berkata, insiden tembakan di Semporna itu bagaimanapun telah dapat dikawal oleh pihak berkuasa Malaysia sejak pukul 8 malam tadi.
Kematian akibat insiden itu amat dikesali dan kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga yang terlibat," kata Hernandez dalam satu kenyataan.
Menurutnya, Setiausaha Luar, Albert del Rosario akan ke Kuala Lumpur hari ini untuk berunding dengan rakan sejawatnya dari Malaysia bagi membincangkan bagaimana mengelak lebih banyak nyawa terkorban.
Katanya, del Rosarioa turut akan menemui Duta Malaysia ke Filipina bagi memaklumkan bahawa kedua-dua negara mementingkan nyawa rakyat masing-masing.
Kerajaan Filipina telah meminta pengikut Kesultanan Sulu yang diketuai Raja Muda Azzumudie menyerah diri secara aman.
Namun, kami (Filipina) juga memohon supaya pihak berkuasa Malaysia mengamalkan toleransi maksimum dalam mengendalikan saki-baki pengikut Kiram di Sabah," ujarnya.
Hernandez turut mengulangi permintaan Filipina untuk membenarkan kapal Tentera Laut Filipina, AT-296 Tagbanua memasuki Lahad Datu bagi menyediakan bantuan kemanusiaan dan konsulat, selain merawat mereka yang cedera serta membawa mereka balik ke tanah air. - AGENSI
maksimum toleransi?
ReplyDeletegrrrrrrrrrrrrrrrr Rakyat Malaysia mahu mereka di layan dengan EXTREME PREJUDICE!!!! masa masuk dulu tak hingat... pasukan kita kena kelar tetak tembak secara bacul nak maksimum toleransi lagi.?
Walauapa pun kita biarkanlah Pak Najib berdiplomasi dahulu dengan kerajaan Filipina. Apa yang saya cakap ni ni sebab marah. Cakap orang marah tak leh di pakai. Harap Maklum. (nak pi minum nescafe sat nak kasi reda marah)