Tuesday, August 28, 2012

SEBAB PEMBANGKANG KECOHKAN PERBELANJAAN MISI PERDAGANGAN DS NAJIB!!!

Pembangkang heboh perbelanjaan Misi Perdagangan DS Najib ke luar negara...

Isu perbelanjaan DS Najib dan Datin Rosmah ke luar negara pernah dibentangkan di parlimen oleh DS Nazri Aziz.
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke luar negara dalam tempoh empat tahun sejak 2009 hingga Jun 2012 telah menelan belanja sebanyak RM26juta. Jumlah itu mewakili keseluruhan 74 kali lawatan DS Najib yang turut diiringi 1100 orang para pegawainya.

Antara negara yang dikunjungi oleh DS Najib adalah Qatar,Itali,Amerika Syarikat,United Kingdom,Australia,Arab Saudi,Oman,dan Bangladesh.Tujuan lawatan sama ada menghadiri mesyuarat,pameran dan persidangan antarabangsa dan lawatan diplomatik.

Hasil pencarian admin menunjukkan bagi negara-negara di atas,jumlah PELABURAN yang masuk ke dalan negara kita bagi tempoh 2010,2011 adalah seperti berikut:

QATAR - RM4.5bilion

USA - RM4bilion
UK - RM3.4bilion
AUSTRALIA - RM2billion
ARAB SAUDI - RM4billion
OMAN - RM1.43billion
BANGLADESH - RM1.4billion

Sumber:
http://unctad.org/en/docs/wir2011_embargoed_en.pdf
, http://www.mida.gov.my/env3/uploads/PerformanceReport/2011/Performance2011_Slide.pdf, http://www.slideshare.net/andrewwilliamsjr/unctad-wir2011fullreport .

Dalam Laporan Pelaburan Dunia Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) diatas juga menyebut,MALAYSIA telah muncul sebagai negara paling tinggi merekodkan kemasukan peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) di kalangan negara Asia pada tahun 2011 iaitu dengan jumlah kenaikan sebanyak 409.7 peratus. Mengenai laporan itu lagi, kenaikan jumlah FDI ke Malaysia telah meningkat kepada RM21.35 bilion pada 2010 berbanding dengan RM4.25 bilion pada 2009.


Ternyata keyakinan pelabur dan legasi DS Najib melalui dasar-dasar baru yang telah dipeloporinya sebaik saja mengambil alih pucuk kepimpinan negara spt dasar liberalisasi, MBE, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah menunjukkan kesan positif terhadap ekonomi negara termasuk peningkatan positif FDI.


Antara kesan terpenting kemasukan pelaburan asing yang tinggi dalam negara adalah akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat.Sekaligus meningkatkan produktiviti dan penggunaan teknologi dalan negara.


Persoalannya,adakah ini masih dipanggil satu kezaliman kepada rakyat seperti yang difitnah oleh pembangkang?
 
 
Pembangkang buat kecoh sebab rupa-rupanya Penasihat Ekonomi negeri Selangor  lebih berjaya dalam misi perdangangan beliau


No comments:

Post a Comment