Mansor cuba perbodohkan rakyat tentang istilah "Tokong" Guan Eng
MEMANG menggelikan hati melihat ‘damage control’ yang dilakukan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman yang ‘terkantoi’ mengutuk Guan Eng dalam satu mesyuarat PKR. Mansor ingat kita ni bodoh sangat agaknya bila dia mengatakan Guan Eng macam tokong di Pulau Pinang, itu bermaksud dia memuji cina Melaka tersebut?
Penulis minat nak tanyalah, kalau tokong tu maksudnya memuji, yang ‘arrogance’ (sombong) dan ‘corky’ (berlagak) tu masuk kategori mana pulak? Memuji jugak ke atau ada kategori lain?
Contohnya, memuja? Betullah Mansor ada menafikan menyebut perkataan-perkataan tersebut, tapi perlu diingatkan bahawa dalam kenyataan sama yang disiarkan semalam, Mansor mengatakan “beliau maklum dengan kebocoran tersebut dan kecewa kerana ia disiarkan bulat-bulat di satu blog yang tidak dikenali”.
Dah kata ‘bulat-bulat’ semalam, hari ini kata tak sebut pulak, nampak sangat temberangnya, ye tak? Maka, penafian hari ini adalah sesuatu yang ‘plastik’ saja kaedahnya sebab kita yakin sehari suntuk semalam Mansor ditarbiahkan akan cara menjawab dengan betul dalam sidang media hari ini oleh para pembelit undang-undang yang banyak bersarang dalam DAP nun.
Satu lagi, takkan Mansor ingat blog yang mendedahkan perkara tersebut (gelagatanwar.wordpress.com) pandai-pandai reka perbualan tersebut dan siarkan? Mestilah ada sumber sahih atau rakaman yang mengesahkan perkara tersebut, kalau tak macam mana pulak ada perkataan tertentu diakui Mansor sendiri memang ada disebut!!!
Tolonglah Mansor, cukup sajalah diri sendiri bodoh, janganlah membodohkan orang lain pulak. Kita tahulah semua yang berlaku pun, hang pusing tang mana pun kita taulah apa sebenarnya dan sebetulnya yang berlaku. Kutuk mengutuk sesama sendiri di belakang ni bukanlah kami penyokong UMNO hairan sangat, maklum, berpakat pun tak rasmi, setakat nak menubuhkan kerajaan dan nampak bersatu padu sahaja. Ini propa sajalah, hakikatnya semua orang ‘kiblat’ lain-lain.
Kesimpulan penulis ini bukan berdasarkan apa yang berlaku dalam kes Mansor ini saja, malah memetik kenyataan Timbalan Ketua Pemuda PAS, merangkap anak Nik Aziz kelmarin yang mengesahkan pakatan haram ini hanya ‘nak kelihatan’ bekerjasama, tapi banyak perkara tidak bersetuju dan terpaksa ‘didiamkan’ kononnya untuk tumbangkan kezaliman. Sekali pandang pun dah tau ayat pembelit.
Tapi inilah kaedah yang digemari Pakatan haram. Bila kantoi, buat kenyataan media (disediakan awal-awal), ambil gambar berpeluk, konon-kononnya bersatu padu. Tunggulah beberapa bulan lagi sebelum isu ini meletup semula, lebih lagi kalau ada pengumuman pembubaran parlimen dalam jangka masa terdekat. Kita dah lihat ini berlaku dalam isu hudud, pergaduhan antara Ramasamy dan Karpal Singh, serta beberapa kes yang hampir serupa. Semuanya pun pada asalnya dikhabarkan ‘selesai’, lepas tu kecoh jugak.
Tak tahulah Mansor duduk di alam mana, sama atau berbeza. Tapi penulis nak jelaskan disini, tolonglah cari kaedah lain untuk menipu rakyat. Kami dah tau semua tentang percanggahan dan pembohongan ‘Pakatan Rakyat’ ini. Takde perpaduan pun, gebang saja lebih. Dan buktinya adalah seperti yang terdedah dalam kes Mansor inilah.
sumber : mykmu.net
sumber
No comments:
Post a Comment