menolak istilah "kafir zimmi" ke atas DAP oleh Haron Din
Bila
Tuan Guru Abdullah Samaah berkata tidak boleh undi DAP kerana DAP
adalah kafir harbi maka ramai yang melenting. Untuk tujuan perbincangan
mari kita lihat istilah Kafir Zimmi dan tanya pada diri sendiri LAYAKKAN
DAP dikategorikan sebagai kafir zimmi?
Kafir zimmi
Berdasarkan maksud surah Mumtahanah ayat 8-9 dan surah Ali Imran ayat 28, kafir zimmi sekurang-kurangnya perlu memenuhi ciri-ciri berikut:-
(a) Kafir yang tinggal di negara Islam di atas kebenaran pemerintah Islam
(b) Kafir yang tidak terlibat secara langsung dalam urusan politik kerajaan
...
(c) Kafir yang tunduk dan patuh di bawah sistem perundangan kerajaan Islam
“kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu)”
Misalnya di negara bukan Islam atau di negara yang sama banyak bilangan kafir dan Islam, dibolehkan melantik bukan Islam sebagai pemimpin.
"dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali."
“kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu)”
Misalnya di negara bukan Islam atau di negara yang sama banyak bilangan kafir dan Islam, dibolehkan melantik bukan Islam sebagai pemimpin.
"dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali."
Dan ingatan ini saya berikan juga kepada Haron Din yang sanggup mengatakan Allah sama dengan rupa Adam semasa Penciptaan pertamanya. Ini jelas menjisimkan Allah dan menyamakan Allah dengan makhluk ciptaannya. Seorang mujassimah atau berfikrah Wahhabi TIDAK LAYAK bercakap berkenaan isu AKIDAH umat Islam! Ini jelas dari fatwa Imam Syafie!
Petikan dari Harakah lidah rasmi PAS Mempersendakan ugama Islam! |
Mungkin
inilah juga kenapa Haron Din kata DAP bukan Kafir Harbi-tahniah PAS
kerana menggunakan Islam untuk memudahkan dakwah orang bukan Islam ke
atas umat Islam.
Dilarang
melantik orang yang mempersendakan agama samada dari golongan kafir
atau Islam sebagai pemimpin. Orang Islam yang mempersendakan agama
misalnya dengan mengatakan hukum Islam tidak sesuai diguna pada zaman
ini juga tidak boleh dilantik menjadi pemimpin. Mereka yang condong
kepada cara hidup kafir juga tidak boleh dilantik sebagai pemimpin
kerana pemimpin hendaklah menjaga agama Islam, umat Islam dan
negeri/negara. Begitu juga mereka yang mengutamakan kehidupan dunia
berbanding akhirat.
Lebih
sedeh bila ada golongan umat Islam yang kata Pemerintah Islam
sekarang iaitu Barisan Nasional yang dipimpin UMNO Toghut kerana
kezaliman, kejahatan rasuahnya -dan mereka telah dihukum FASIQ kerana
menjebakkan diri menjebakkan diri dalam melakukan kefasiqqan. Tapi
bagaimana pula PAS yang Anggota Tertinggi Dewan Ulama mempunyai
aqidah Mujassimah yg SESAT !!! Apakah jenis Islam yang hendak
ditegakkan? Apakah Akhlak mulia yang hendak ditegakkan jika akidahnya
mujassimah dan pengikut party itu menghina ulama muktabar Islam ASWJ
..Dalam hal ini ulama pondok yang ikhlas berdakwah di negara ini sepakat
mengatakan adalah lebih baik pilih pemimpin yang fasik kerana ia maseh
boleh dibimbing dari membawa memilih pemimpin dan party yang mujassimah
dan AKIDAH SESAT kerana ia akan bawa bala petaka atas umat Islam .
Ingatan saya kepada penyokong PAS yang post komen di wall ini- Politik bukanlah
lesen untuk mengata, mengumpat dan menceritakan keburukan orang lain.
Semuanya akan disoal apabila kembali kepada Allah nanti. Oleh itu fahami
isu sebenar dalam artikel ini iaitu AKIDAH dan masa depan umat Islam
di Malaysia sebelum memberi komen. Setiap penyataan saya dalam setiap
artikel disertakan dengan bukti.
No comments:
Post a Comment