Thursday, August 23, 2012

NEGARA ISLAM : TEMBELANG PAS PECAH

Bakal Presiden pun tak cerdik, takkanlah anak buah lagi cerdik..???


Satu kenyataan kurang cermat Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi, Julai lalu, mencetuskan polemik politik baru antara Pas dan DAP yang berlarutan sehingga kini.

Pengerusi DAP, Karpal Singh mempertikai kenyataan Nasrudin bahawa partinya sudah berlembut pendirian berhubung keinginan Pas mewujudkan Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud. Katanya, prospek ini tidak mungkin berlaku selagi parti mereka bersama dalam Pakatan Rakyat.

Rakyat geli hati melihat perkelahian dua parti adik-beradik lain bapa dan lain ibu ini. Mereka tahu ideologi dan retorik politik masing-masing, tetapi masih terhibur membaca kenyataan demi kenyataan para pemimpin kedua-dua pihak: engkau kata aku, aku kata engkau. Engkau tibai aku, aku hentam engkau.

Namun, bagi kepimpinan Pakatan Rakyat, perkembangan ini cukup membimbangkan, apatah lagi pilihan raya umum sudah dekat.

Mereka masih ingat peristiwa sama yang berlaku 11 tahun lalu. Perbalahan Pas dan DAP mengenai Negara Islam dan hudud menyebabkan DAP keluar daripada Barisan Alternatif, satu eksperimen yang bertahan hanya dua tahun.

DAP menentang hasrat Pas kerana bagi mereka, matlamat Pas bercanggah dengan semangat dan persefahaman dalam Manifesto Bersama BA 1999. DAP berkata penubuhan negara Islam melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 serta bercanggah dengan prinsip demokrasi dan hak asasi.

DAP mengingatkan Pas bahawa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, pernah memberi jaminan tidak meneruskan hasrat penubuhan Negara Islam semasa berdialog di Persidangan Gereja-Gereja di Malaysia di Petaling Jaya, pada Mei 2000.

Dalam satu wawancara “Hardtalk” dengan BBC pada September 2003, Datuk Mustaffa Ali memberitahu dunia bahawa tidak ada ‘Negara Islam’ dalam perlembagaan Pas; yang ada hanya “masyarakat Islam”.

Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang, tersentak dan menyatakan punca sebenar perbalahan Pas dengan DAP, apabila Pas berjaya membentuk sebuah negara Islam, pemimpin DAP tidak berpeluang menjadi Perdana Menteri. “Ini realitinya,” kata beliau (2 Disember 2003). Lim Kit Siang membidas ulasan Hadi. Katanya DAP menentang Pas atas dasar prinsip, bukan jawatan.

“If the Pas concept of an Islamic State is divine in origin, and to criticise it is to criticise Allah and was not just to criticise Pas leaders, how could the Pas Islamic State concept once established be criticised, changed or replaced without going against Allah? In fact, a vote against Pas and its Islamic State will become a vote against Allah and therefore blasphemy and treason. How can such a concept be compatible with democracy?” (“Muzakarah Negara Islam: A Discourse on Islamic State”, susunan Drs Amnah Khuzairi, Kuala Lumpur, 2004, hal 194).

Kit Siang juga tidak yakin dengan jaminan Pas bahawa hudud hanya kepada orang Islam di Kelantan dan Terengganu sahaja, manakala orang bukan Islam boleh memilih untuk diadili di bawah undang-undang sivil atau hudud. “As Muslims represent the majority in Malaysia, doesn’t this logically follow that Pas is not just advocating a two-track objective of Islamic states for the northern Muslim states, but also for the whole of Malaysia? Why isn’t Pas saying so?” (hal 193)

Pas selalu berkata antara sebab utama mereka bersekongkol dengan DAP ialah untuk berdakwah supaya DAP lebih memahami Islam. Melihat kepada perkembangan setakat ini, Pas jelas gagal dalam misinya. Sebaliknya, menuding jari dan meletakkan kesalahan ke atas Umno bagaikan usaha desperado untuk alih pandangan daripada masalah sebenar.

Nampaknya DAP lebih berjaya mentarbiyah Pas, yang sanggup menukar slogan ‘Negara Islam’ kepada ‘Negara Berkebajikan’ dan ‘Pas For All’ serta tidak mampu memasukkan matlamat penubuhan Negara Islam dalam Buku Jingga atau manifesto Pakatan Rakyat.

Cukup memalukan dan menghinakan Pas apabila Karpal mencadangkan kalangan pemimpin parti itu untuk mendapat khidmat khutbah daripada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas jika masih tidak faham soal negara Islam.

DR MASHITAH IBRAHIM

No comments:

Post a Comment