NASA LANYAK KARPAL..APA PENDIRIAN AHLI PAS ? MACAM BIASA LE TAKDE PENDIRIAN.
Laporan
media cetak dan elektronik pada 14 dan 15 Ogos 2012 dan beberapa ulasan
daripada pelbagai pihak sehubungan dengan kenyataan saya di Mekah
al-Mukaramah adalah dirujuk.
- Hudud
Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti-Islam.
Sebagai
seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu
procedural law. Pelaksanaan hudud memerlukan kepada standard of proof
yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang
memerlukan tahap pembuktian ke taraf beyond any shadow of doubt iaitu
tahap pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan, tetapi
dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang-undang Islam.
Berapa
kali sudah dia mengungkapkan bahawa pelaksanaan sistem perundangan
Islam is over my dead body menunjukkan dia sanggup mati untuk
pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja at
whatever cost untuk pertahankan agama saya. Terpulanglah kepada mana
pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri
seperti syaitan-syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan,
insya-Allah saya tidak akan biarkan mana-mana pihak sewenang-wenangnya
menghina agama saya.
Pas
harus lebih tegas menyatakan pendiriannya dalam hal ini kerana sokongan
yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana
perjuangannya untuk menegakkan syariah Allah SWT namun dalam isu hudud
yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang
tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh.
Adakah
tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan
kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya
adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada
masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada
masyarakat umum. Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin
sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas
tidak akan menang hanya dengan undi daripada ahlinya sahaja.
- Isu pertemuan di Mekah
Kepada
mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu’ dzan (bersangka buruk),
nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah (bertakwalah) dan
beristghfarlah khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini. Kasihan
saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. Berbaik
sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini, doa qunut
yang dibacakan di hadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada
merapatkan saf dan menyatupadukan orang Islam. Imam solat saban malam
memohon dengan doa Ya Allah satukanlah suara umat Islam.
Saya
telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang ulama di
Mekah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan
OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju
untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut. Perbincangan telah diadakan
di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil Haram. Yang
dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama
tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia.
Perbincangan
juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia.
Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti
memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah
dalam memelihara kesucian Islam.
Pertemuan
itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau UMNO, sebab isu yang
dibincangkan adalah jauh lebih besar daripada Pas atau UMNO. Kami
berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam
yahtamma biamril muslimin falaisa minhum (Siapapun yang tidak menganggap
penting urusan/perkara yang menimpa kaum muslim, maka dia bukan
termasuk golongan mereka (muslim).
Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?
Tiba-tiba
dikaitkan dengan saya akan masuk UMNO. Untuk kesekian kalinya saya
sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya
menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya
seiman termasuklah pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam
sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak
seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah.
No comments:
Post a Comment