Thursday, August 2, 2012

DIA DAH BERTUDUNG...DAN KINI SEDANG MENCARI SASARAN UNTUK DICACI..??

Dia dah bertudung...dia tak nak caci sesiapapun sebab dia nak dalami Islam....
Alhamdulillah. Semakin hari semakin ramai selebriti wanita yang berhijrah untuk memakai tudung sepenuhnya. Tambah manis apabila penghijrahan itu dilakukan di dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Sharifah Aleya atas penghijrahan ini.
sharifah aleya bertudung
Kata Sharifah Aleya kepada portal Murai:-
Saya minta maaf kerana tidak dapat mengulas lanjut mengenai penghijrahan saya kerana bagi saya ianya sangat peribadi untuk dikongsi. Namun, sejak 1 ramadan lalu, saya sudah mula bertudung dan InsyaAllah ianya akan berkekalan hingga akhirnya. Alhamdulillah juga kerana sejak saya bertudung, ramai yang telah mendoakan yang terbaik untuk saya termasuk keluarga dan rakan-rakan. Mereka banyak memberikan sokongan.
Semoga Sharifah Aleya diberikan kekuatan untuk terus kekal bertudung buat selama-lamanya. Abang Nara tengok memang makin cantik apabila Sharifah Aleya bertudung. Jutaan tahniah sekali lagi kepada Sharifah Aleya atas hijrah ini. Anda juga boleh ucapkan tahniah kepadanya menerusi Twitter SharifahaLEYA.
SUMBER

No comments:

Post a Comment