Friday, August 3, 2012

AMACAM DATO' SUHAIMI, KETUA UMNO BAHAGIAN JERAI YANG HENSEM...!!!

Dato' Mi dah bagi nasihat ka kat 3 orang kuat Dato Mi tu. Bagi tau depa bawa-bawalah bertaubat dan insaf sempena Bulan Ramadhan ni. Jangan buat huru-hara di muka bumi ni, Allah marah.  Kita pakat-pakat jaga bahagian masing-masing supaya menang besar kali ni. Kalau dok kacau cawangan kota Sarang Semut pun takut makan diri balik. Kalau 3 orang kuat dato' Mi tu dok pi buat kacau, tabur racun bagi pengundi meluat dekat Umno Kota Sarang Semut, bahaya dia boleh sampai jatuh terus Kedah ke tangan pembangkang.

Sebenaqnya hidup kita sebagai orang Islam ni mudah sangat..tak perlu susah payah perburuk, perjatuh orang lain sebab kalau kita orang Islam, kita percaya kerja buat kita dinilai oleh Allah. Biar Allah yang tentukan kerja buat kita ikhlas atau tak. Kalau Allah panjangkan amanah yang di pikul oleh kita selama ini, maknanya Allah redha dengan kerja buat kita tapi kalau Allah gantikan tempat kita dengan orang lain, maknanya ada kerja buat kita yang tak jujur tanpa kita sedari. Jadi berusahalah baiki diri, mudah-mudahan Allah akan beri kesempatan kepada kita untuk naik kembali.Insyaallah

Sebenaqnya kita orang UMNO dah boleh tinggai semua perangai tak elok kita selama ni sebab PAS dah berkenan dengan perangai tak elok kita tu. Jadi kita cari pembaharuan dengan bagi perelok kelaku kita dalam masa PAS dok tiru ambik kelaku jahat tak guna kita dulu. Mungkin juga itulah rahmat dari Allah bila kita kalah dan PAS merasa seketika jadi pemerintah...

 Umno Kota Sarang Semut ni cawangan besaq dan merupakan KOTA kepada Kuala Kedah dan Kedah. Peti Undi Kota Sarang Semut tak pernah kalah selama ni kecuali dalam PRU12 baru-baru ni...Runtuh KOTA, runtuh parlimen Kola Kedah...runtuh negeri Kedah...!!! Justeru itu Dato' Mi tolong nasihat depa 3 orang, jangan boh taik dalam periuk nasi sendiri...dok boleh cari makan ratuih ribu, takut lepas ni kena pi sujud depan Anwar Ibrahim, rapat kepala lutut ke dada....nayalah waktu tu..menangis ayaq mata darah sekalipun tak guna..sakit dan senak hingga ke ulu hati seperti yang diceritakan oleh Saiful tu...kami pun tak boleh tolong...



JKKKPKSS DAH GILA KA...???TIAP-TIAP HARI DOK PUJI DATO' SUHAIMI, KETUA UMNO BAHAGIAN JERAI YANG HENSEM...!!!

Memang JKKKPKSS dah gila...gila dengan kelakuan puak-puak UMNO ni...menyibuk tak tentu pasai. Ketua-ketua bahagian pun kalau ada isu, aktiviti, program yang melibatkan bahagian lain, akan angkat tangan atau tabik dulu kat ketua bahagian yang terlibat...Ni dak..ikut suka mak bapak depa terhegeh-hegeh buat program bagi rosak cawangan...selamba beruk ja...tersengih-sengih lepas boleh tabuq fitnah!!!Bahagian depa pun kalah dok mai bagi serabut tempat orang yang tak ada masalah, lainlah bahagian depa menang solid..????

Pelik perangai UMNO ni...yang elok depa kacau...yang bermasalah depa biaq buat tak tau. Bukannya hangpa nak mai bagi sokongan, tanya habaq...mai buat daje ada...!!!Masing-masing di mulut kata nak menang PRU13 tapi hati membusuk. JKKKPKSS akan terus buat gila...posting tiap-tiap hari...akan terus puji Dato' Mi sampailah JKKKPKSS rasa otak, mental dah stabil...tak ada gangguan dari puak-puak tu...orang buat taik, kita puji ketua depa...syok jugak....dapat hilangkan tensen atau JKKKPKSS akan terus posting isu ni sampai tahun 3030 atau  sampai JKKKPKSS tukar arah haluan naik ROKET menuju ke BULAN mencari KEADILAN macam Hairi Othman!!!!



MINTA BELAS IKHSAN DARI DATO' SUHAIMI, KETUA UMNO BAHAGIAN JERAI YANG HENSEM...!!!


Saja ja JKKKPKSS nak sembang-sembang dengan Dato'  Suhaimi atau lebih mesra dengan panggilan Dato' Mi. Sebelum ni JKKKPKSS cuma mendengar yang Dato' Mi memang sedap ceramah dia. Baru-baru ni secara kebetulan JKKKPKSS mengikut seorang rakan yang  menerima bantuan BR1M di SMKA Yan, Kedah dan terdengar ceramah Dato' Mi...memang hebat...ceramah yang penuh berhemah tapi menikam kalbu tu berjaya menarik perhatian penerima BR1M. Seingat JKKKPKSS tak sampai pun 10 orang yang duduk berkeliaran di luar dewan SMKA YAN tu...mungkin tu pengikut PAS totok yang malu nak dengar kebenaran yang disampaikan oleh Dato' Mi tapi depa pun nak merasa BR1M RM500 tu...

Kali kedua mendengar ceramah Dato' Mi ialah sewaktu Hari Anugerah Cemerlang SMKA Yan, kebetulan juga ikut rakan nak ambik anak balik dari asrama...memang hebat...hijau muka pengikut PAS yang kat dalam dewan tu..cikgu-cikgu penyokong PAS pula ramai yang tak senang duduk..panas macam cacing...juga sebab tak dapat nak terima kebenaran pemimpin PAS menyokong LGBT sebagaimana yang didedahkan oleh Dato' Mi...Kesimpulannya Dato, Mi memang hebat, cara penyampaiannya menghiburkan, penuh dengan fakta dan kebenaran tetapi langsung tidak mengguris hati sebaliknya kalau diterima dengan hati yang terbuka..PAS bahagian Jerai patut tutup kedai...!!! Inilah ciri-ciri pemimpin UMNO yang perlu diketengahkan untuk memenangi PRU 13 nanti..takkanlah orang PAS nak tolak pemimpin serba boleh macam Dato' Mi ni...!!!!

Tapi Dato Mi...dalam pada Dato Mi dok berceramah rata tempat mendekati rakyat, ada 3 makhluk Allah yang mendakwa  mereka orang kuat Dato' Mi di bahagian Jerai selalu buat kacau di Umno Cawangan Kota Satang Semut, Bahagian Kuala Kedah ni. Memanglah rumah depa ni di Taman Impian, Kota Sarang Semut tapi depa ahli Umno Jerai. Tak salahpun depa ahli UMNO Jerai dok di Kota Sarang Semut....yang tak manisnya janganlah kacau UMNO Kota Sarang Semut.

Setakat cawangan kerdil ni, bagi kami kerja buat UMNO Kota Sarang Semut ok sangat-sangat dah..kami pun guna pendekatan mesra yang macam Dato' Mi guna. Tapi bila 3 orang kuat dari bahagian Dato' Mi ni buat kacau dok pandai-pandai atoq aktiviti di Kota Sarang Semut, jahanam jadinya. Gong Xi Fa Chai lepas depa atoq NGO yang diketuai Bomba sukarela untuk berjumpa dengan Dato' Latt. Depa janji 100 orang lebih kaum cina Kota Sarang Semut, Dato' Latt pun pi siap bawa buah limau 150 kotak..tup..tup Dato' Latt kena 'fire' dengan  dengan Timbalan Pengerusi Bomba Sukarela di depan kaum cina yang tak sampai 50 orang tu. Dia tibai Tok Latt kata tak bantu orang Cina, orang Cina dah tak mau kat kerajaan BN.. Nayalah Dato' Latt sedangkan kawan tu baru saja berjaya dapatkan peruntukan dari Wee Ka Siong untuk sekolah Cina Kota Sarang Semut. MCA dan Gerakan Kota Sarang Semut pun kena 'fire" kononnya tak buat kerja, tak mau jumpa Dato' Latt malam tu walaupun dah di beritahu sedangkan MCA dan Gerakan tak dimaklumkan pun. Umno Kota Sarang Semut pun hadir sebab Dato' Latt yang ajak pi bagi ramai..kalau tak,  malu Tok Latt janji 100 orang tapi yang mai tak sampai 50 orang tu pun campuq sekali dengan ahli UMNO Kota Sarang Semut. Tapi inilah masalah 3 orang kuat Dato' Mi tu, depa bukannya orang asal Kota Sarang Semut, depa tak tau kata Timbalan pengerusi Bomba Sukarela tu Cina PKR.

Lepas tu MCA dan Gerakan Kuala Kedah dapat tau, melentinglah puak-puak tu dengan kerja buat 3 orang kuat Dato' Mi tu, tak pasai-pasai UMNO Kota Sarang Semut lah yang kena cuci taik yang 3 orang Dato' Mi buat tu. Umno Kota Sarang Semut pulak kena atuq perjumpaan MCA dan Gerakan  dengan Dato' Latt hari ke dua raya Cina untuk menjernihkan suasana..

Lepas tu baru-baru ni depa pi dok atoq pulak ceramah di Taman Impian dengan kerjasama JASA. sekali lagi Umno Kota Sarang Semut diketepikan. Puak-puak pembangkang pun naik gilalah sebab di Kota Sarang semut selama ni UMNO dan PAS boleh bekerjasama dengan baik dan saling hormat menghormati sebab semua pakat-pakat ingat nak  mati!!! PAS buat ceramah depa di Surau PAS batu 10, UMNO buat ceramah depan rumah Ketua Cawangan , sapapun tak boleh marah!!!Tapi lani depa marah pasai orang kuat Dato' Mi guna Rukun Tetangga untuk buat ceramah politik dalam Taman Impian.  Semua tau rukun tetangga sepatutnya untuk perpaduan tapi dipergunakan untuk politik tu yang buat penduduk Taman Impian marah dan ramai yang buat bantahan kepada Ketua Umno Cawangan Kota Sarang Semut. Dato Mi pun tau la yang nak mai berceramah tu Us. Jamil Long, dia tak macam Dato' Mi, mesti tak panggung kepala puak-puak pembangkang kena seligi dengan Us Jamil Long.  Polis mai jumpa pengerusi Ketua cawangan merangkap Pengerusi JKKKPKSS, Ketua Ranting PAS pun mai jumpa minta penjelasan... Ketua Umno cawangan memang tak tau apalah dan minta penjelasan Pengerusi Rukun Tetangga Taman Impian yang kemudiannya memaklumkan orang-orang kuat Dato' Mi telah memalsukan tandatangan dia untuk memohon permit ceramah perpaduan selepas dia tak bersetuju.

Bukan nak marah orang Dato' Mi yang tak berapa cerdik tu tapi JASA pun satu, tak tau prosedur ka... tapi nak buat macam mana bukan setakat pemimpin-pemimpin UMNO, AJK UMNO tak sekolah tinggi, yang kerja dengan JASA pun tak sekolah tinggi juga. Depa tak tau yang JASA tu wujud disebabkan UMNO  bukannya sebab ada Rukun Tetangga . Mungkin kakitangan JASA ni ingat nak try lah tengok jaga Rukun Tetangga, mana tau kalau-kalau BN kalah bolehlah, di bawah pentadbiran Perdana Menteri Lim Guan Eng.. JASA boleh jaga Jabatan Perpaduan pulak kot..heheheh

Untuk pengetahuan Dato' Mi, UMNO-PAS di Kota Sarang Semut sangatlah ok. Kalaulah di takdirkan Dato' Mi jadi calon melibatkan Kota Sarang Semut, UMNO Kota Sarang Semut boleh usung Dato' Mi pi rumah-rumah orang PAS untuk kempen. Sebab tu di Kota Sarang Semut ceramah berapi-rapi, maki bodoh, bangang tak boleh pakai dah. Ceramah yang macam Dato' Mi bagi cantikla kalau bawa mai Kota Sarang Semut ni. Mesyuarat UMNO Kota Sarang Semut ni orang PAS pakat-pakat mai turun join dengaq Dato' Abdullah Hasnan, Tok Latt bagi ceramah sebab ceramah dua Dato' ni banyak mengenai Orang Melayu dan Islam!

Tapi orang-orang kuat Dato' Mi ni buat taik la..walaupun ada veteren UMNO dah nasihat jangan buat ceramah politik tu dalam Taman Impian, depa nak buat juga...last..last.. UMNO Kota Sarang Semutlah juga kena kawtim dengan puak-puak PAS supaya jangan buat kacau. Umno Kota Sarang Semut mengaku akan akur lepas ni kalau-kalau PAS dan PKR pun nak buat ceramah dalam Taman Impian yang selama ini pakat-pakat dok jaga kehamornian. UMNO Kota Sarang Semut, bukannya apa...takut pedih telinga penduduk Taman Impian kalau tiap-tiap malam atau minggu ada ceramah politik depan rumah depa.!!!

Terbaru Dato' Mi, 3 orang kuat Dato' Mi ni atuq perjumpaan Dato' Latt dengan gang main sepak raga tuju. Macam biasa kata 100 orang tapi yang mai tak sampai pun 30 orang.Depa tipu budak-budak tu kata depa dah atuq dengan Ketua Cawangan tapi Ketua Cawangan tak tau apapun kalau orang-orang Dato' Latt tak bagi tau ada kejadian Dato' Latt bagi bolasepak raga kat gang-gang tu. Yang syoknya bila 3 orang kuat dato' Mi ni pi perkenal diri depa dari bahagian Jerai..pening lah gang-gang bahagian Kuala Kedah ni...MACAM MANA ORANG BAHAGIAN JERAI MAI BUAT PROGRAM DI BAHAGIAN KUALA KEDAH  DAH TU TAK BAGI TAU KETUA CAWANGAN PULAK!!!

UMNO Kota Sarang Semut tak marah depa buat program minta bola kat Dato' Latt 7 biji saja...walaupun sebelum ni UMNO Kota Sarang Semut dah pun bagi 15 biji bola kat gang-gang tu..yang tak syoknya 3 orang kuat Dato' Mi ni siap perburuk UMNO Kota Sarang Semut tak pernah ambik kisah ke gang-gang sepak raga tuju ni...!!!

Dato Mi yang hensem...tolonglah kami cawangan yang hina ni...biaqlah kami jaga cawangan cara kami...Kami tau la AJK Dato' Mi tu dah habih putihkan pengundi yang kelabu dan hitam di bahagian Dato' Mi. Kami pun tau Pekerja KEMAS di Bahagian Dato' Mi tu dah PEKEMAS habis pengundi-pengundi PAS di Bahagian JERAI tu. Dan kami tau la yang sorang lagi orang kuat dato' Mi tu, dah untung beratus ribu dapat buat bisness hasil dari sokongan Tok Latt, dahlah tak boleh bagi sebiji bola sepak ragapun,  janganlah buat kacau  di Kota Sarang Semut.

Dalam hal ni, walaupun ada orang kata UMNO Kota Sarang Semut ni Tok Latt buat ibarat anak dalam buaian mati kelaparan, kera di hutan disusukan...kami tak maulah salahkan Ketua Bahagian kami, Tok Latt.. ..dia orang politik dan dia baik sangat sebab tu ramai yang ambik kesempatan..!!!!Dalam politik ni jangan kata anak kera Gunung Jerai, anak babi macam DAPIG pun orang susukan. Tapi lagi satu, mungkin anak kera bahagian Jerai ni comel-comel kot sebab tu Tok Latt suka layan...???

Dato' Mi tolong habaq dekat 3 orang kuat dato' Mi tu. Suruh depa fokuskan kerja kuat depa tu di bahagian Jerai bagi menghadapi PRU13 nanti. Bagi tau depa kalau kalau depa tak tau..hari tu Jerai kalah majoriti 2299 undi..buat kerja bantu Jerai menang 20000 undi majoriti dalam PRU 13 nanti. Sama-samalah kita memenangkan bahagian masing-masing yang terlungkup tu.

Kalau nak cari kelemahan UMNO Kota Sarang Semut memanglah banyak tetapi kami cuba sedaya upaya untuk pembangunan Kota Sarang Semut. Di bawah pentadbiran Dato' Latt, Kota Sarang Semut telah mendapat Bank Simpanan Nasional, Gelanggang Futsal,  Wifi Percuma dan banyak lagi. UMNO Kota Sarang Semut pula bantu Dato' Latt dari segi memberi perkhidmatan yang tip top kepada masyarakat Kota Sarang Semut tanpa mengenal PARTI POLITIK  dan KAUM.  UMNO Kota Sarang Semut bantu semua anak orang kampung, UMNO, PAS, Keadilan masuk IKM, Politeknik, IKBN, Giatmara dan Universiti, bantu anak Cina dalam hal yang sama guna rangkaian kawan-kawan tapi kredit dia UMNO Kota Sarang Semut bagi kat Tok Latt. Dengan guna rangkaian kawan-kawan jugaklah, Insyaallah Masjid al-Islah Kota Sarang Semut pun akan mendapat cat baru menjelang aidilfitri nanti. Kalau ada benda yang tak lepas barulah kami ligan Dr Heazar, Ketua Pemuda, Penyelaras DUN, Penyelaras Parlimen dan Dato' Latt minta tolong. Dato' Mi sembang tengok dengan Dato' Latt dan semua yang UMNO Kota Sarang Semut sebut tadi, cawangan mana yang selalu dok kacau depa dalam bab nak minta tolong untuk orang kampung ni. Bab program pulak jarang kacau duit Ketua Bahagian. Selalu Ketua Cawangan guna duit elaun dia, kalau Ketua Cawangan pun kering poket dia, AJK setuju guna duit elaun JKKKP masing-masing untuk buat program. Hanya itulah yang termampu UMNO Kota Sarang Semut lakukan demi orang kampung! Cuba Dato' Mi bayangkan kalau UMNO Kota Sarang Semut ni adalah salah satu cawangan dalam bahagian Jerai..tak senangkan Dato' Mi nak buat kerja..???

Bab nak buat  rombongan, sukaneka dan sebagainya, UMNO Kota Sarang Semut telah mengwujudkan Rukun Tetangga di setiap taman dan kampung. Jadi Umno Kota Sarang Semut memperturunkan kuasa kepada Rukun Tetangga untuk memainkan peranan melaksanakan semua aktiviti tersebut.

Tapi kalau depa nak buat kacau juga, Dato' Mi suruh depa jadi ahli UMNO Cawangan Kota Sarang Semut, kami akan luluskan serta-merta dan bertandinglah secara anak jantan..kalah bertanding kami tak kisah sebab jawatan tu amanah bukannya untuk menunjuk-nunjuk...tapi janganlah jadi kurang ajar..masuk kampung orang bagilah salam...setiap kampung ada penjaga dia...

Kepada Dato' Mi yang hensem..UMNO Kota Sarang Semut mengalu-alukan kedatangan Dato Mi untuk berceramah di Kota Sarang Semut sebab dah gerenti ceramah Dato' Mi yang hebat dengan mesej, pengajaran dan kritikan yang membina dapat diterima oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira parti politik. Dato' Mi boleh suruh 3 orang kuat Dato' Mi tu atuq denagn kerjasama Umno Kota Sarang Semut selepas selepas bulan Syawal nanti sebagai permulaan kepada hubungan baik dan mengeratkan silaturrahim....

Harap Dato' Mi taklah marah UMNO Cawangan Kota Sarang Semut atau Ketua Bahagian kami yang baru setahun jagung terlibat dengan dunia politik ni...saja nak luah perasaan

yang ikhlas...

UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA
UMNO KOTA SARANG SEMUT

No comments:

Post a Comment