Saturday, August 18, 2012

DAPAT ARTIS TAK CERDIK, PEMINAT PULA MORON

Inilah masalah yang melanda PAS. Pemimpin yang berkaliber di terajang keluar dari PAS, tetapi yang dicari ganti pula artis-artis yang gagal dalam hidup dan kerjaya di tambah pula dengan IQ  yang rendah. Apalah sangat yang boleh disumbangkan selain dari maki hamun, fitnah, beberapa idea bodoh yang turut terkeluar dari mulut mereka..nasiblah..


ARTIS PAS, ABBY ABADI BUAT HAL LAGI!


MiM hairan dengan perangai selebriti PAS bernama Abby, apakah beliau tahu dan faham dengan isu yang dibawa oleh beliau?

Beliau tidak minat politik tetapi minat dari segi kemanusiaan. Tetapi beliau mengaku perkara kemanusiaan berkait dengan politik. Kata mudah, tak minat politik tetapi minat salah satu cabang dalam politik!

Berbelit-belit!

Malah, apabila beliau menjadi ahli PAS dan bercakap di ceramah PAS, maka apa jua yang disampaikan sudah tentu berbau politik.

Dalam masa yang sama, apakah selebriti PAS itu tidak pernah mendengar perkataan NGO iaitu pertubuhan-pertubuhan bukan politik yang turut memainkan peranan aktif dalam 'isu kemanusiaan'?

Kenapa tidak sertai NGO-NGO tersebut jika benar 'tidak minat langsung politik'? Kenapa diri dibiarkan menjadi perbualan warga politik?

Seperkara lagi, adalah kurang cerdik apabila selebriti PAS itu menuduh 'kerajaan memang akan berhentikan cikgu, imam atau artis jika menentang kerajaan.'

Tuduhan itu juga menunjukkan beliau bercakap sesuka hati dan tidak berlandaskan kepada sebarang statistik ilmiah. Ironinya, modus operandi 'serkap jarang dan tidak berlandaskan fakta' begitu kerap kita dengar di ceramah-ceramah dan media-media pembangkang!

Dan sejak bila pula artis itu profesyen kakitangan awam dan boleh diberhentikan oleh kerajaan?

Soalan, apakah Abby PAS liabiliti terbaru PAS?

Mungkin jika selebriti itu berterusan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak matang, cetek dan mungkin memualkan sesetengah pihak!

Sila baca di bawah :
Apabila ditanya soal politik, Abby, antara selebriti yang aktif di dunia Twitter dan hanya dapat dipetik perbincangannya menerusi laman itu sejak lebih sebulan lalu, menegaskan bahawa dia menolak kemungkinan penglibatannya dalam arena politik sebagai "ahli politik" secara aktif.

"Saya tidak minat langsung nak jadi ahli politik. Politik bukan bidang saya. Apa yang saya lakukan sekarang ini bukan sebab saya mementingkan politik sangat.

"Saya lebih terlibat dari segi kemanusiaan. Apa yang tidak adil. Rakyat tidak dapat hak dari segi keadilan. Perkara-perkara ini semua memang berkait dengan politik kerana kuasa pemimpin itu hanya dari jalan politik," jelasnya.

"Saya memang tahu tahap kemampuan saya. Saya masih sayangkan karier saya. Saya suka dengan apa yang saya lalui sekarang. Jika ada rezeki, saya memang mahu kembali berlakon dengan mengikut undang-undang ALLAH," kata pelakon popular Gerak Khas ini.

Sementara itu, mengulas kenyataannya sebelum ini berhubung artis bertudung sukar mendapat tawaran dalam bidang seni dan hiburan, beliau menjelaskan maksud sebenar kata-katanya itu.

"Ya, saya akui sebelum ini saya memang pernah mengeluarkan kenyataan itu tetapi saya kata untuk artis yang sudah berhijrah, yang memakai tudung, yang bersama pembangkang, memang susah untuk mendapat tawaran daripada kerajaan," tegasnya.

"Saya tahu rezeki itu daripada ALLAH tetapi kerajaan kita memang macam itu. Tak kira artis ke, cikgu ke, imam ke, kalau menentang kerajaan memang akan diberhentikan.

"Ini yang patut dijelaskan bukan saya kata yang bertudung tak boleh kerja dengan kerajaan. Perkara ini sudah dipusingkan hingga jadi lain," katanya mengulas lanjut.

2 comments:

  1. yelah...berpusing2 sampai terjerut leher...sebenarnya aku x phm apa dia cuba sampaikan...

    ReplyDelete
  2. Sejak bila pulak nak jadi artis kena mohon dengan kerajaan? Agaknya dia tersilap mcm budak sekolah rendah yang ditanya, bila dah besar nak masuk universiti ke? Jawapannya tak, nak masuk akademi fantasia......kah kah kah....agaknya si gedik ni ingat akademi fantasia tu ialah akademik????

    ReplyDelete