FITNAH NAJIB/ROSMAH : SIVARASA PKR TERLIBAT. MAKAHAI !
KUALA
LUMPUR 10 Ogos - Akuan bersumpah penyiasat persendirian, P.
Balasubramaniam yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu didakwa dirancang
pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang.
Perkara
itu didedahkan pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin
selepas beliau mendedahkan peraranan seorang pemimpin Parti Keadilan
Rakyat (PKR), Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa bersama seorang peguam
di sebalik akuan bersumpah tersebut bagi memfitnah Najib.
Dalam pendedahan di portal malaysia-today.net itu
beliau turut menyebut pembabitan beberapa pemimpin pembangkang dan
peguam yang terlibat dalam merancang untuk menghasilkan akuan bersumpah
berkenaan termasuk M. Puravalen yang didakwa mempunyai hubungan rapat
dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan.
Raja
Petra mengakui semua kenyataan yang dibuat Balasubramaniam pada sidang
akhbar di Ibu Pejabat PKR memang telah dirancang lebih awal agar
penyiasat persendirian itu tidak tersalah cakap.
Pada
masa sama Raja Petra mengakui Balasubramaniam dibayar untuk membuat
akuan bersumpah tersebut dan dakwa beliau, perkara itu memang diketahui
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya
bertemu Balasubramaniam 2 Julai 2008 iaitu sehari selepas beliau
membuat akuan bersumpah. Pertemuan itu berlaku selepas saya dihubungi
Sivarasa yang meminta saya pergi ke rumah seorang peguam bagi
membincangkan kes pembunuhan Altantuya.
"Kami
berbincang bagaimana perkara ini perlu ditangani dan apa yang
Balasubramaniam perlu cakap semasa sidang akhbar yang akan dibuat
keesokan hari di Ibu Pejabat PKR," dakwanya sebagaimana dipetik dari malaysia-today.net.
Pada
1 Julai 2008, Balasubramaniam mengejutkan negara apabila mengeluarkan
akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dalam pembunuhan tersebut
tetapi selang dua hari kemudian penyiasat persendirian itu membatalkan
akuan bersumpah berkenaan.
Dalam
pada itu, Raja Petra mendakwa Anwar telah mengarahkan seorang tauke
Cina membayar kepada Balasubramaniam sebanyak RM20,000 sebulan bagi
memastikan penyiasat persendirian tersebut terus menyokong pembangkang.
Katanya,
langkah itu diambil selepas Balasubramaniam dikatakan sedang melakukan
rundingan rahsia bagi membolehkan beliau mendapat bayaran RM5 juta
menyebabkan Anwar bimbang jika penyiasat persendirian tersebut
membongkar rahsia mereka.
Dalam pada itu, Sivarasa dan Balasubramaniam gagal dihubungi malam ini untuk mengesahkan dakwaan Raja Petra tersebut.
No comments:
Post a Comment