Apa lagilah nyang akan dibuat oleh Azeez Raheem, Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia yag juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Baling? Di sebalik tuduhan yang mengatakan Azeez gila glamour dan lahap kamera, kerja-kerja kebajikan yang dilakukan oleh Azeez dan kumpulannya melangkaui sempadan antarabangsa meskipun tidak banyak publisiti yang diberikan.
Azeez Rahim akan mengetuai misi kemanusiaan ke sempadan Iran-Uzbekistan dan Myanmar dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi. Persediaan sedang dilakukan dengan giat sementara menantikan kebenaran dan pelepasan dari pohak berkuasa ketiga-tiga negara.
Gilakah Ketua Bahagian UMNO Baling ini dengan dua lagi misi merbahaya? Tidak cukupkah dengan misi merbahaya di Mogadishu yang telah mengorbankan jurukamera BERNAMA?
Takkanlah
Azeez Raheem tak menjadikan pemimpin PAS sebagai contoh? Contoh terbaik
ialah bagaimana Presiden PAS terpaksa balik ke Malaysia selepas
Presiden baru Mesir enggan bertemu dengannya walaupun PAS
bersungguh-sungguh menyokong dan memperlihatkan sokongan tidak berbelah
bahagi kepada kerajaan baru Mesir.
Sepatutnya
macam tu lah Azeez. Ini tidak, Azeez banyak sangat melakukan kebajikan
untuk rakyat Malaysia. Dia bukannya pemimpin parti pun. Dia sekadar
Ketua Bahagian UMNO dan Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia.
Sebelum
ini, Azeez banyak terlibat dengan misi menyelamatkan wanita-wanita
Malaysia yang telah dilarikan oleh lelaki-lelaki Indonesia untuk
dijadikan sebagai hamba seks dan pekerja tidak berbayar. Walaupun
kerja-kerja yang dilakukan oleh Azeez dan Kelab Putera 1Malaysia
dianggap sebagai kerja-kerja remeh dan mudah, namun sehingga setakat
ini, yang paling banyak melakukannya adalah Azeez dan kumpulannya,
manakala para pengkritiknya pula sekadar berkokok di dalam gelanggang
tanpa melakukan apa-apa.
Di Baling, Azeez
melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh orang lain, terutama sekali
yang membabitkan Imam-Imam Masjid. Bahkan ia tidak sahaja terhad untuk
Imam-Imam di seluruh Baling, tetapi juga di seluruh Malaysia apabila
baru-baru ini, Azeez buat gila dengan pemberian jubah dan duit raya.
Sedangkan
berbanding para pemimpin PAS, walaupun di Kedah dan Kelantan, yang
diberikan cumalah ceramah dan kempen agar Imam-Imam menyokong PAS. Di
Baling, Imam-Imam di seluruh Baling diberikan modal untuk membiayai
kewujudan sebuah koperasi untuk kebajikan para Imam sehinggakan beberapa
orang Imam yang ditemui berkata, mereka hanya minta RM10,000 tetapi
diberikan RM50,000 dalam satu majlis di Baling, tahun lepas.
Sekarang, Azeez buat gila lagi?
Azeez
patut belajar daripada pemimpin-pemimpin PAS yang tidak perlu
mengeluarkan sebarang modal, kecuali air liur dan muka tebal.... tidak
seharusnya Azeez jadi gila sebegitu rupa!!!
No comments:
Post a Comment