Tuesday, August 28, 2012

KENA BUDUH LAGI...

Kesian pun ada...tak nak ubah lagi ke..????


PKR Selangor tidak akan bayar walau sesen pun sebarang tunggakan subsidi air




Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor memutuskan tidak akan membayar walau sesen pun sebarang tunggakan subsidi bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada mana-mana kediaman yang menggunakan meter air pukal di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, keputusan mengenai perkara tersebut telah dimaklumkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mac lalu.

Beliau memberitahu, pemberian subsidi itu hanya boleh dilakukan sekiranya Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Jawatankuasa Pengurusan (MC) kediaman yang terlibat mengemukakan permohonan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui pelaksanaan Program Lapor dan Dapat.


Ini menunjukkan subsidi air percuma yang dicanang oleh Anwar dan kuncu-kuncunya hingga ke luar negeri hanyalah retorik politik sahaja.

sumber

No comments:

Post a Comment