Thursday, August 16, 2012

KALAU MULUT BAIK MARI BERSAMA UMNO...

UMNO hanya ada tempat untuk orang-orang yang mulutnya sopan....



PAHIT UNTUK DITELAN BERITA BURUK JADI KENYATAAN!! NASARUDIN AKAN MENINGGALKAN PAS!!

Sesuatu yang teramat sangat menyedihkan Pas apabila Nasarudin Mat Isa Akan meninggalkan Pas.
Memang ini merupakan tamparan yang sangat dasyat buat Pas. Rakyat kini sudah dapat menghidu kecacatan yang kini sedang melanda pas walaupun mereka cuba sedaya upaya melindungi keretakkan didalam parti Pas.
KOTA BAHARU 15 Ogos - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan bahawa tidak mustahil jika jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada Pas setelah bekas Timbalan Presiden Pas itu dilihat  bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah pada Selasa lalu.

 

"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya.

 

Rabu lepas, laporan akhbar telah memaparkan gambar Nasharuddin menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.

 

Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.

 

Pada Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.

 

Nik Abdul Aziz juga berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti.
pssst: Selepas ini Nasarudin Mat Isa akan menjadi Mangsa Fitnah Pas!! 
 

No comments:

Post a Comment