Thursday, June 21, 2012

TUN MAHATHIR AKUI ANWAR IBRAHIM ANUGERAH TUHAN...

Anugerah tuhan kepada Anwar ialah boleh buat-buat bodoh je...buat muka kering...


r. Mahathir tidak faham Anwar


Dr. Mahathir Mohamad dengan ditemani oleh Abdul Wahid Omar (kanan) dan Nik Mohamed Yaacob menekan butang iPad sebagai tanda pelancaran Peraduan Mengarang Esei 2012 - Memupuk Minda Bakal Pemimpin di Putarajaya, semalam. - BERNAMA
PUTRAJAYA 20 Jun - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak faham mengapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyaman bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaan mengawal 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.
Beliau turut tertanya-tanya mengapa Anwar tidak mengulangi tindakan sama yang pernah dikenakan terhadap beliau sehingga menyebabkan bekas Perdana Menteri itu tidak boleh bercakap apa-apa mengenai perkara tersebut.
Pada masa sama, beliau juga mempersoalkan tindakan berdiam diri Anwar tidak menyaman ahli perniagaan, Umi Hafilda Ali dan Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) yang kini lantang memperjuangkan isu tersebut.
"Beliau pernah saman saya RM100 juta disebabkan itu saya tidak boleh berkata apa-apa terhadap beliau disebabkan kes ini dirujuk ke mahkamah.
"Ternyata, Anwar amat prihatin dengan reputasinya biarpun saya hanya mengulangi penghakiman oleh mahkamah ia dianggap sebagai satu kesalahan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Peraduan Mengarang Esei 2012 - Memupuk Minda Bakal Pemimpin di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Ekesekutif Perdana Leadership Faundation, Tan Sri Nik Mohamed Yaacob dan Presiden Maybank, Datuk Sri Abdul Wahid Omar.
Beliau mengulas tindakan berdiam diri ketua pembangkang itu mengenai pendedahan Abdul Murad baru baru ini serta dakwaan Ummi Hafilda bahawa beliau menyimpan dan memiliki bukti-bukti baru berhubung pemilikan 20 akaun induk oleh Anwar serta kekayaan abangnya selaku Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.
Sementara itu Dr. Mahathir turut ditanya pendekatan membina lebih banyak sekolah persendirian Cina dan mengiktiraf sijil peperiksaan bersatunya.
Beliau berkata, ia hanya menyukarkan rakyat berbilang kaum negara ini untuk hidup bersatu padu.
''Fakta dari dulu lagi menunjukkan bahawa sekolah vernakular boleh dibina oleh komuniti yang berbeza.
"Ia secara tidak langsung telah memberi kesan di mana golongan muda kita tidak hidup bersama dan telah menjadi halangan ke arah perpaduan di kalangan rakyat," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, sekiranya perkara itu berlaku, rakyat negara ini akan terdiri daripada tiga entiti kaum yang menggunakan bahasa berbeza.
Beliau turut mengingatkan bahawa di setiap negara dunia ini bahasa kebangsaan adalah terdiri daripada bahasa peneroka asal.

2 comments:

  1. Salam tn blogger,

    Mohon sudi kiranya link blog aloqlaloq.blogspot.com ke blog handal tuan ini. Tk.

    Aloqlaloq

    ReplyDelete
  2. Mohon jasa baik tuan untuk linkkan blog kedaqkini.blogspot.com dalam blog tuan.. terima kasih

    ReplyDelete