Rata ceruk Anwar canang dia dilantik jadi penasihat ekonomi banyak negara-negara Arab, tapi Tun Mahathir pulak yang dipilih untuk jadi penasihat ekonomi oleh negara Yaman...Tok Arab ni tak kenalkah yang mana satu Anwar dan yang amna satu Tun Mahathir....
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Yaman Mohamed Salem Basendowah mempelawa
bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi penasihat
ekonomi khas negara itu.
Menurut kenyataan Kedutaan Besar
Malaysia di Sana’a, Dr Mahathir berkunjung ke Yaman pada Khamis bagi
mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pelawaan Mohamed Salem itu.
Semasa
lawatan itu, Mohamed Salem menganjurkan majlis makan tengah hari untuk
Dr Mahathir, diikuti satu pertemuan yang dihadiri bekas perdana menteri
Yaman, menteri daripada parti pemerintah dan pembangkang, pegawai kanan
kerajaan serta seorang pegawai Bank Dunia.
Kenyataan itu juga
menyebut pemimpin Yaman tersebut menyifatkan pencapaian dan transformasi
negara daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada sebuah negara maju
sebagai ‘Keajaiban Malaysia’.
Menurut kenyataan itu, Dr Mahathir
mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman Malaysia dan dasar yang
dilaksanakan sepanjang tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri. –
BERNAMA
sumber
No comments:
Post a Comment