Sunday, June 10, 2012

INSYAALLAH...BARISAN NASIONAL AKAN MENANG..!!!!

Masyarakat Cina yang sebelum ini diketahui mendukung kuat agenda pakatan pembangkang pun sudah beransur-ansur menjauhi Anwar dan kuncu-kuncunya. Ditambah lagi dengan sokongan majoriti orang Melayu dan bumiputera lain serta kaum India kembali kepada BN....kita akan menang...!!!!!


Mengikut ramalan saudagar mimpi, Anwar Ibrahim, tanpa teragak-agak telah mensasarkan kemenangan pembangkang dengan majoriti mudah dengan kelebihan 10 kerusi.

Ada 222 kerusi parlimen dengan minima 112 kerusi perlu dimiliki untuk menubuhkan kerajaan. Kerusi pembangkang sekarang pun hanya 75 manakala BN pula menguasai 140 kerusi.

Mimpikah Anwar untuk dapat kenaikan 47 kerusi untuk mampu menang mudah di 122 kerusi parlimen pada PRU 13 kelak?

Nanyang Siang Pau dan China Press yang melaporkan kenyataan Anwar mengatakan trend sekarang tidak lagi sama seperti PRU 12 2008.

Ini bermakna masyarakat Cina yang sebelum ini diketahui mendukung kuat agenda pakatan pembangkang pun sudah beransur-ansur menjauhi Anwar dan kuncu-kuncunya. Ditambah lagi dengan sokongan majoriti orang Melayu dan bumiputera lain serta kaum India kembali kepada BN.

Mengikut kajian ramai penganalisis politik, dalam pilihanraya akan datang paling tinggi pun hanya 70 kerusi parlimen sahaja yang boleh dimenangi pembangkang berbanding pencapaian terbaik mereka menguasai 82 kerusi semasa PRU 12 sebelum ini.

Populariti yang dikecapi Anwar dan PR hasil kelemahan kepimpinan negara sebelum ini sudah tidak sama seperti dulu. Sebagaimana pembangkang naik mencanak demikian juga jatuhnya bakal menerjun.

Terlampau banyak isu melingkari polisi dan dasar pembangkang yang diketahui umum tidak secocok dengan realiti masyarakat Malaysia. Jangan hairan kejutan boleh berlaku dengan BN pul ayang dpaat 2/3.

SUmber: Gelombang Rakyat

No comments:

Post a Comment