Seorang lagi yang lebih strategik dari Rafizi Strategik
Saiful Nang: Saya Seorang Bapa Yang Malu Meminta-Minta
Berikut adalah status jurufoto terkenal
Saiful Nang dalam page Facebook beliau selepas berlaku debat PTPTN
Rafizi Ramli vs Khairy Jamaluddin.
Apabila membaca status ini memang layaklah
beliau di tempatnya sekarang sebagai seorang jurufoto yang dikenali satu
negara. Tahniah saya ucapkan kepada Saiful Nang.
Saya hanya seorang bapa yang malu untuk meminta-minta
Miskin-miskin ayah saya
pun dulu, ada saving emas bila saya nak ke sekolah asrama dan masuk ke
universiti satu-satu dijual. Beli masa harga rendah jual semula pada
harga 3-4 kali ganda. Memang tak dapat tampung juga yuran pengajian di
Universiti maka saya kenalah belajar sebaik mungkin dalam SPM sehingga
penaja sanggup nak menaja dan memberi peluang kerjaya terus selepas
tamat belajar. Tapi sekurang-kurangnya, tidak juga nak harap subsidi
kerajaan.
Saya lakukan perkara yang sama. Seorang
anak setiap lahir dah kita carumkan atas nama mereka secara konsisten
setiap bulan dalam unit amanah dan insuran. Umur 17 tahun nanti,
sekurang-kurangnya jika pendidikan masih lagi berbayar, mampulah
menampung untuk masuk universiti swasta. Kalau nak masuk universiti
swasta luar negara mungkin kena tambah tabungan per bulan bila keadaan
ekonomi semakin baik. Setiap anak juga saya dan isteri membuat pelaburan
jangkapanjang dalam hartanah supaya growth rate menjadi lebih tinggi
dalam tempoh 17 tahun dari sekarang. Ini semua perlukan perancangan yang
bijak
Kita belanja tengok Astro First tak
komplen pun RM100 sebulan boleh terbang ke sana. Subsribe sport channel
dan movie channel pun kita tak komplen, beli rokok sampai 2-3 ratus
sebulan pun kita tak buat debat bila harga sentiasa naik nak carum RM100
sebulan untuk pendidikan anak kita terlampau mengharap pada bantuan.
Jika anda menabung RM200 sebulan pun dalam unit amanah jangka panjang,
dalam 17 tahun anda dah ada lebih 130k dan jika 4-5 orang anak anda
masuk universiti kerajaan anak anda dah tak perlu berhutang dengan
mana-mana pun.
Debat yang disaksikan tadi ada fakta dari
kedua-dua belah pihak tanpa perlu prejudis dengan emosi atau fahaman
politik masing-masing. Jika diteruskan PTPTN atau dimansuhkan sekalipun,
adakah jika kita mampu melakukan dengan berdikit-dikit dari sekarang
kita mahu harapkan bantuan? Kita ada pilihan untuk berusaha dan
berrjimat. Bila mana kita lihat pemborosan berlaku dalam kerajaan, kita
tuding jari pada mereka. Jika betul pun mereka salah, adakah kita tak
lihat kita sendiri masih membazir untuk kita peruntukan sedikit dari
pendapatan isirumah untuk kegunaan pada 17 tahun akan datang?
Saya dan isteri sependapat, jika anak
kami cemerlang sekalipun dan mendapat tajaan untuk melanjutkan
pelajaran, kami akan tetap fikirkan bahawa sekiranya kami lepaskan
tajaan itu, ada orang yang lebih berhak menerima tajaan itu dapat
belajar kerana kita mampu membiayai sendiri pembelajaran anak-anak.
Saya tak pasti kesahihan penyelewengan
dalam kerajaan, saya juga tidak pasti ia praktikal untuk memansuhkan
PTPTN. Dua-dua pihak ada fakta tersendiri. Maka kami pilih untuk MANDIRI
dengan usaha SENDIRI.
Jika kita tak mampu berdiri, jangan
salahkan mereka yang mampu berdiri lantaran usaha mereka. Jika kami
mampu dan tidak perlu meminta-minta, mengapa perlu kita tebalkan muka
meminta-minta. Semiskin-miskin ayah dan emak saya dahulu pun, masih ada
perancangan untuk persekolahan anak. Sekurang-kurangnya 12 bulan
menabung untuk beli baju sekolah, bayar yuran sekolah, yuuran PIBG dan
beli buku bilamana sekolah masuk penggal baru.
Saya bukan ahli politik saya juga tidak prejudis pada mana-mana parti. Saya hanya seorang bapa yang malu untuk meminta-minta
SAIFUL NANG
No comments:
Post a Comment