Wednesday, June 20, 2012

KENCINGNYA.....

Wikileaks: Tangan Yang Membongkar Skandal Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli. Part 1

Skandal yang akan dibongkar oleh MyMassa adalah skandal penyelewengan RM50 billion milik Kerajaan negeri Selangor.

Kisah ini bermula apabila Anwar Ibrahim dilantik menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor pada 13 November 2009. Apabila Anwar dilantik ke jawatan tersebut, yang ada di pejabat Penasihat Ekonomi Negeri adalah dia dan Rafizi.

Pakej Rangsangan Ekonomi Tingkat Ekonomi Selangor

SHAH ALAM, 2 DIS - Mantan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim melapor diri sebagai Penasihat Ekonomi Selangor hari ini.

Anwar, dengan elaun bulanan serendah satu ringgit sebulan, dilantik Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menarik pelaburan dari Timur Tengah dan merencana pembangunan Selangor sebagai hub kewangan Islam dunia.

Beliau akan dibantu oleh pembantu khas Mohd Rafizi Ramli, yang merupakan bekas pengurus di Petronas. Anwar akan ditempatkan di sebuah bilik kecil di tingkat 15. - FANSURINA ABDULLAH
http://selangor.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=482&Itemid=1

Projek pertama yang Anwar buat sebagai penasihat ekonomi Selangor adalah Pakej Ransangan Ekonomi Selangor yang  bernilai RM50 billion. Pakej ini dikatakan akan menawarkan peluang pekerjaan sebanyak 150,000 kepada rakyat Selangor. 5 projek yang terkandung dalam pakej ini adalah:


i.    Pembersihan dan pemulihan Sungai Kelang
ii.   Mengembangkan sistem pengangkutan awam di Selangor
iii.  Mengambilalih pengurusan air Selangor
iv.  Pembangunan semula kawasan-kawasan yang terbiar
v.   Pemulihan projek-projek perumahan terbengkalai


 


Anda lihat tangan dalam gambar tersebut. Tangan itu yang akan membongkar skandal ini dengan lebih dalam kerana setelah 3 tahun berlalu, ternyata Pakatan hanya pandai melancarkan janji tetapi gagal untuk menepatinya.

Untuk pendedahan yang pertama ini, MyMassa kongsikan video untuk projek yang pertama iaitu Pembersihan dan pemulihan Sungai Kelang.

 
Apa dah jadi dengan projek ini yang dikatakan bernilai RM10 billion? Isu kos projek ini akan didedahkan dalam bahagian yang berikutnya. Mari kita tengok apa tindakan Kerajaan Selangor dalam isu Sungai Kelang.

Selangor akan mohon RM1bil untuk cegah banjir


 
Kerajaan Selangor akan memohon peruntukan berjumlah RM1 bilion daripada kerajaan Persekutuan untuk program mencegah banjir.

Menyatakan demikian, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata permohonan itu dibuat kerana Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pencegahan banjir terletak di bawah kerajaan Persekutuan.

Hanya JPS yang boleh membina kolam takungan air, kata Abdul Khalid pada sidang media selepas menyampaikan bantuan bencana banjir kilat Fasa 1 daerah Klang di bandar itu, hari ini.

Menteri Besar berkata beliau telah dimaklumkan oleh JPS bahawa RM1 bilion diperlukan untuk mengatasi masalah banjir di Klang.

"Unit Perancang Ekonomi negeri Selangor (UPEN) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah sediakan kertas kerja dan saya akan kemukakannya kepada exco kerajaan negeri dalam tempoh dua minggu lagi.

"Selepas itu, saya akan menulis kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk terangkan mengenai perlunya Kerajaan Persekutuan memberi keutamaan menyelesaikan masalah banjir bukan sahaja di Klang tetapi juga (di kawasan lain) di Selangor," katanya.

Sebanyak 1,318 keluarga di bandar Klang yang terjejas akibat banjir kilat pada bulan lepas masing-masing menerima bantuan berjumlah RM500 daripada kerajaan negeri.

- Bernama
Kalau dah ada RM50 billion dalam pakej rangsangan ekonomi Selangor dan nilai projek pembersihan sungai Klang pun bernilai RM10 billion, kenapa perlu minta pada Kerajaan Pusat sebanyak RM1 billion?

Itulah perangai sebenar Pakatan yang hanya tahu menyalahkan Kerajaan Pusat bila masalah berlaku di negeri mereka. Sedangkan perancangan pembersihan Sungai Klang siapa punya projek?



*Bersambung di bahagian kedua.

http://mymassa.blogspot.com/2012/06/wikileaks-tangan-yang-membongkar.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=facebook

No comments:

Post a Comment