Thursday, June 7, 2012

PTPTN UNISEL DIBEKUKAN: RAFIZI ADA PENYELESAIAN!!!!

Pakatan Rakyat akan wujudkan Tabung Pendidikan al-Juburi. Pendidikan percuma untuk mahasiswa terutama mahasiswa jambu...



Sah! PTPTN Beku Pinjaman Unisel. Khalid Janji 100 Hari. Anwar Janji 365 Hari.


Oleh: HHalem.

Menteri Pengajian Tinggi, DS Mohamed Khaled Nordin mengesahkan pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi pelajar Universiti Selangor (Unisel) dibuat bertujuan menentukan keupayaan pembangkang memberikan pendidikan percuma di negeri yang ditadbir mereka. Pembekuan tersebut hanya membabitkan permohonan baru kemasukan April lalu.
"Bagi pelajar yang sudah menerima PTPTN, pinjaman mereka akan diteruskan seperti biasa. Pembekuan ini hanya libatkan permohohan baru,"
Khaled berkata PTPTN membuat keputusan ini awal bulan lalu kerana mereka juga menerima tekanan politik daripada pihak pembangkang yang mahukan pelajar-pelajar pengajian tinggi diberi pendidikan percuma di negara ini.
Tambahnya, PTPTN membuat keputusan ini sejurus sebelum pengambilan pelajar bagi sesi baru bermula dan ia telah dimaklumkan kepada pihak kementerian.
“PTPTN mahu memastikan berapa serius kah pihak pembangkang dalam menawarkan pendidikan percuma. Jika mereka serius maka institusi milik negeri seperti Unisel tidak perlu memohon kemudahan pinjaman pelajaran daripada PTPTN kerana pendidikan sepatutnya ditawarkan secara percuma kepada para pelajar oleh negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat," - Khaled di petik mStar
Tambah beliau, PTPTN akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara berkenaan pada Khamis.
Yang hairannya kenapa kah Kerajaan mengikut sangat kerenah Anwar Banduan ini.
Kerajaan Umno-BN kehulu ke hilir mengikut rentak si Banduan ini.
Baru sahaja PTPTN menangguhkan "buat sementara waktu", pemberian PTPTN, seluruh jentera Pakatan Rakyat telah gelabah dan panik.
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli terus panik kerana risau dasar dan cabaran mereka untuk menghapuskan sistem pinjaman melalui PTPTN membuahkan hasil dengan diperkanankan oleh pentadbiran Umno-BN.
"Jika itu (pembekuan sementara PTPTN) benar, tindakan itu perlu dikutuk dan beliau wajar meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik berdendam yang tidak lagi sesuai dengan arus politik sekarang," – Rafizi.
Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim pula berkata;
“Saya akan menyuarakan bantahan ini kepada kerajaan pusat...ini adalah komitmen kerajaan pusat kepada para pelajar pengajian tinggi,"
Pakatan Rakyat memang tidak ada kata sepakat didalam segala segi. Khalid Ibrahim boleh laksanakan pelajaran percuma dalam 100 hari. Anwar pula di Permatang Pauh berkata ia boleh dilaksanakan dalam 1 tahun. Itu pun jika, “kami menang”.
"Ia tidak boleh dilakukan sekarang tetapi jika kami menang kami boleh melaksanakannya dalam tempoh 100 hari," – Khalid Ibrahim.
Nampak gaya, belia-belia dan pelajar jangan bermimpi akan mendapat pelajaran percuma dan tidak perlu bayar hutang, kerana pertama sekali Pakatan Rakyat tidak akan menang, jauh sekali menakluki Putrajaya.
Yang keduanya, kena tunggu 100 hari atau 365 hari. Silap-silap haribulan kena tunggu 3650 hari sebelum merasa Pendidikan Percuma dari Pakatan. Banyak sangat songehnya sebelum mendapat PTPTN free.
Belum lagi Pakatan menang, semua sudah kena tipu mentah-mentah.

Penulis tertanya-tanya kenapa kah pentadbiran DS Najib mengikut sangat kerenah si Anwar Banduan ini. Kerajaan Umno-BN kehulu ke hilir mengikut rentak si Banduan ini. Tujuan asal beliau hanyalah hendak menjahanamkan dan menghuru-harakan sistem pinjaman yang telah lama ujud.


Note:
Pelajar-pelajar KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor) yang sedang mengadakan minggu orientasi juga dimaklumkan hari ini supaya menangguh permohonan PTPTN mereka sehingga kes UniSEL selesai.

sumber

No comments:

Post a Comment