SUARAM Penipu, Tiada Perbicaraan Scorpene Di Perancis
AIDCNews – 07/06/12 – “SUARAM Kantoi, Perbicaraan Scorpene di Peranchis tidak wujud, ” lapor ob21.net yang mendapat liputan meluas di kalangan blog-blog hari ini.Zanuddin @ Obey_one penulis ob21.net melaporkan perbicaraan Scorpene tidak pernah wujud kerana kes itu tidak pun dibawa ke mahkamah Perancis.
“Justeru, apa yang digambarkan oleh SUARAM bahawa kerajaan Malaysia telah diheret ke mahkamah Perancis dan Perdana Menteri kita akan disapina adalah bohong sama sekali. Isu pembelian scorpene oleh Malaysia tidak pernah dibawa ke mahkamah dan segala kenyataan akhbar dan taklimat oleh SUARAM mengenainya adalah berdasarkan penipuan semata-mata,” lapornya.
Laporan ob21.net turut dipetik oleh blog the Unspinners, parpukari, sejarahmelayu, badutrakyat, sungai rapat online, kerispusakabangsa, malaydelima, bidaman, theunreportednews dan theflyingkick.
Sementara itu, jejarikami pula melaporkan kos RM540 juta yang dibelanjakan itu dibentang secara telus oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 14 Mei 2008 di parlimen.
Najib ketika mengambil tanggungjawab penuh memberi penjelasan bersama fakta dan angka di dalam Dewan Rakyat itu adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan.
“Untuk makluman semua, Syarikat Perimekar Sdn. Bhd yang dikaitkan sebagai menerima komisyen RM540 juta itu sebenarnya dimiliki secara bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S Ombak Laut Sdn Berhad.
“Nilai RM540 juta itu sebenarnya merangkumi banyak skop kerja sokongan dan koordinasi yang perlu disedia dan diselesaikan sepanjang tempoh enam tahun untuk memenuhi keperluan anggota anak kapal selama Scorpene serta pasukan pegawai yang bermastautin di luar negara selama tempoh tersebut untuk tujuan latihan berkaitan pengedalian kapal selam Scorpene, lapornya.
Menurut blog itu, Syarikat Perimekar Sdn Bhd bertanggungjawab sepenuhnya sebagaimana ditetapkan dalan kontrak tersebut yang mengkehendakinya melaksanakan skop kerja sokongan & koordinasi sebagaimana berikut;-
i. Menyediakan kemudahan kediaman & kelengkapan untuk kegunaan 27 keluarga dari team projek yang berada di Perancis dan Sepanyol.
ii. Penyediaan pejabat urusan, kediaman dan kelengkapan untuk keperluan 156 orang anggota krew kapal selam TLDM bagi tempoh 4 tahun di Perancis dan Sepanyol.
iii. Menyediakan insuran kesihatan bagi melindungi krew kapal selam serta ahli keluarga team projek selama mereka berada di Perancis dan Sepanyol.
iv. Pembayaran elaun harian serta elaun untuk krew yang berjumlah 50 euro sehari untuk setiap orang bagi 3 tahun pertama dan 60 euro sehari bagi tiga tahun seterusnya.
v. Pembiayaan kos penerbangan pergi balik (balik bercuti di malaysia) untuk setiap krew setiap 4 bulan sekali serta lain-lain keperluan berkaitan sepanjang semua krew dan team projek berada dalam latihan di Perancis dan Sepanyol.
“Selain khidmat sokongan di atas, nilai kontrak RM540 juta (114.96 juta euro) itu turut meliputi khidmat koordinasi antaranya memastikan syarikat-syarikat dari Malaysia terbabit secara langsung dalam proses pembinaan, program off-set, serta penyelarasan latihan krew kapal selam dengan kontraktor dan kerajaan termasuklah penyediaan koordinasi bagi setiap enam bulan sekali.
“Lebih penting lagi untuk kita maklumi, nilai kontrak RM540 juta itu sama sekali bukan bayaran komisyen, ia juga bukannya merupakan keuntungan bersih untuk syarikat Perimekar Sdn Bhd sebaliknya nilai tersebut meliputi segala kos langsung dan tidak langsung yang perlu ditanggung selama 6 tahun sebagaimana terkandung dalam kontrak tersebut. Bukti perbelanjaan dan nilai sebenar keuntungan syarikat Perimekar ini boleh kita ketahui dengan mudah melalui laporan audit syarikat itu.
“Inilah kebenaran yang sedari awal lagi sengaja disembunyikan oleh Anwar dan pembangkang. Cerita separuh masak di perbesarkan, kebenaran dinafikan kerana mereka tahu jika fakta betul diberikan kepada khalayak umum tentu saja hilang ummpph propaganda yang cuba mereka sebarkan itu,” lapornya lagi.
Manakala laman suarapakatanrakyat.com mengesahkan propanganda SUARAM tentang isu Scorpene sekadar pembohongan semata-mata.
Laman itu merujuk kepada sidang media di Bangkok pada 30hb Mei lalu yang gagal menyediakan sebarang bukti.
“Paling menarik perhatian penulis, sudah tentulah kegagalan SUARAM dalam sidang media tersebut menunjukkan apa-apa bukti kukuh atau sehelai dari lebih 150 helai dokumen yang dikatakan boleh membuktikan kewujudan unsur-unsur rasuah dan menjual rahsia negara kepada pihak luar dalam perolehan tersebut.
“Malah ada juga yang menyifatkan sidang media tersebut lebih kepada ‘seminar’ menerangkan proses perundangan di Perancis oleh peguam yang dilantik SUARAM, Joseph Breham, lapornya.
Menurut laman itu dengan pelantikan Joseph Breham itu bermakna terbongkarlah pencanggahan propaganda SUARAM.
“Antaranya dakwaan SUARAM pada Mac 2012 bahawa Perdana Menteri Najib akan dipanggil Mahkamah Perancis untuk memberikan keterangan, hakikatnya perbicaraan sebenar masih belum berjalan. Malah seperti yang disebutkan Breham sendiri pada sidang media di Bangkok, siasatan oleh Mahkamah Perancis akan memakan masa antara satu ke dua tahun lagi untuk selesai.
“Kalau siasatan pun belum selesai, bagaimana pula Najib boleh dipanggil sebagai saksi bicara?,” soalnya.
Siapa Dalang Bangkit Isu Kapal Selam ?
sumber
No comments:
Post a Comment